Teman-teman

Tuesday, January 17, 2012

Udang Kambus Mee

Aku begitu teruju membaca akhbar Kosmo keluaran ahad lepas. Ia mengisahkan Mee di Kuala Sepetang di taiping. Tajuk yang tertulis Udang XL Kambus Mee. Ada yang berharga RM7 dan ada yang RM11. Mungkin mengikut akan kuantiti udangnya.

" Nah jom kita ke Taiping makan mee udang XL ". Kataku kepada isteriku.
" Ala...Tak payah la kita pergi sampai ke Taiping. Esok Nah tak berniaga, kita ke pasar cari udang. Nanti Nah buat Mee udang ". Kata isteriku.

Akhirnya pagi-pagi lagi kami kepasar. Memandangkan dia tidak berniaga pada hari Isnin akibat demam selesema maka aku mengambil kesempatan nak bermanja la. Kalau hari Isnin keadaan di pasar tidak banyak peniaganya. Aku dan isteri tawaf di segenap ceruk mencari udang.

" Minggu depan udang mau naik haliga. Raya cina ". Kata penjual udang. Aku memilih beberapa ekor udang yang besar dan ditimbang.
" RM 25 ". Kata penjual udang. Aku bersetuju lalu membawa pulang. Selepas solat maghrib isteriku mula sibuk di dapur. Dengan cepat sekali mee udang XL sampai.
" Udang tak kambus mee pun ". Selorohku kepada isteri.
" Ini pun alhamdulillah bang. Nanti udang turun harga macam asal kita buat lagi ". Kata isteriku sambil memerhati aku begitu lazat makan mee udang. Macam tak pernah makan mee jadinya aku ketika itu.

" Macam mana bang sedap tak Mee udang ni ". Tanya isteriku.
" Masyaallah Nah. Memang sedap mee udang ni. Abang bagi A+ Terima kasih banyak-banyak ". Tersenyum isteriku mendapat pujian dariku dan memang dia layak untuk mendapat pujian begitu. Dalam keadaan demam sanggup dia masak untukku dan siapalah aku untuk mengkritik masakannya tidak menepati selera. Aku juga masih teringat bila arwah Siti Aishah membuat mee udang untukku.
" Macam mana rasa mee udang Siti bang ". Tanya Siti Aishah.
" Sedap sekali Siti buat. Bertuah abang dapat seorang isteri yang pandai masak ". Tersenyum Siti Aishah mendapat pujian dariku.

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Beruntung Ariff dapat isteri2 yang pandai memasak. :)

Unknown said...

Terliur saya, nak buat mee udang jgklah... td hubby sy balik mkn tghr terus ckp terliur tgk mee udang dr surat khabar kosmo jgk...hehee

Anonymous said...

Yum yum, sedapnya mee udang pak ariff. Boleh ke poskan resipi kat blog ni.

Ariff Budiman said...

Kakcik Seroja..Syukur..ini semua anugerah Allah kepada saya

Ariff Budiman said...

MaryaYusof...Mesti sedap juga puan buat ya. apa pun air tangan isteri mana pun sudah pasti suami akan kata sedap

Ariff Budiman said...

Anonymous...Sudah ramai yg minta resepi ini di masukkan ke blog ini. Bila WN tanya isteri dia kata buat gitu2 saja. Nanti la akan di usahakan

Anonymous said...

macam pedas je?

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Nampak saja pedas tapi rasanya enak si....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...