Kepada semua kaum muslimin yang bergelar ayah, aku mengucapkan selamat hari ayah kepada kalian semua. Semoga kita menjadi seorang ayah yang dapat membawa keluarga kita dengan senang menyeberangi titian Siratul Mustaqim. Aku menerima menerima ucapan selamat hari bapa dari kedua-dua anakku. Aku terima ucapan ini dengan hati yang tenang dan pilu. Pilu sebab mengenangkan mereka sudah tiada emak di sisi mereka dan ayah pula berjauhan dengan mereka.
Padaku, aku bukanlah seorang suami dan ayah yang hebat walaupun ramai di kalangan masyarakat yang menjadikan aku sebagai contoh untuk menjadi seorang suami dan ayah. Padaku kalau aku seorang suami yang hebat sudah tentu aku dapat mengubati isteriku tatkala di timpa ujian walaupun aku tahu bahawa kita tidak boleh melawan takdir. Ini semua telah tercatat yang isteriku bukanlah milikku selama-lamanya. Dia milik Allah.
Sebagai seorang manusia aku telah andaikan yang aku telah gagal untuk membantu isteriku dan sikap menyalahkan diriku tidak dapat aku kikis. Kini hatiku di penuhi dengan dendam pada mereka yang memisahkan kebahgiaan kami sekeluarga. Hanya iman yang masih kekal membuatkan aku tidak meneruskan niat burukku. Kalau tidak aku sama seperti iblis-iblis itu. Hanya kepada Allah aku merayu setiap kali solat agar Allah memberi ketenangan kepadaku. Suatu yang pasti ialah kini aku begitu mudah untuk berdoa di sepertiga malam.
Aku juga gagal menjadi seorang ayah yang baik. Tatkala anak-anakku kehilangan ibu mereka, aku pula berjauhan dengan mereka. Aku lakukan ini semua agar aku dapat meneruskan kehidupan di samping isteriku kini yang begitu baik. Aku juga tidak sanggup melukakan hati isteriku dan dalam jangka masa yang sama aku tetap merindui anak-anakku walaupun aku tahu mereka telah pun dididik agar dapat berdikari cuma naluri seorang ayah yang merindui anakknya.
Kepada kedua anakku,ayah doakan agar anak ayah di pelihara Allah. Ayah sentiasa merindui anak-anak ayah. Insyallah suatu hari nanti pasti keluarga kita akan bersatu kembali. Jangan lupa andaikata ayah juga tiada di sisi, doakan kami semoga ruh kami aman bertemu penciptanya. Siti Zinnirah Ariff Budiman dan Hermawan Ariff Budiman, kamu merupakan anak-anak yang baik dan terbaik di mata ayah. Maafkan ayah kerana tidak dapat memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak ayah. Akhir kata ayah doakan semoga anak-anak ayah berjaya di dunia dan juga akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin...
4 comments:
Selamat hari bapa kat en ariff...
Indah sungguh percaturan yang Allah hidangkan buat kita semua ..semoga kita semua sentiasa dibawah nikmat dan rahmatNya..;)
kita dah laksanakan apa yang termampu oleh kita kepada mereka.
itu sudah kira yang terbaik dari kita untuk mereka.
abah kita pun adalah yang terbaik.
jangan lupakan doa untuk abah kita walaupun sudah tiada. itu hadiah terbaik dari kita untuk dia di sana!
Thirah...Betul...Allah tidak pernah silap dalam percaturannya
Insan marhein....semoga Allah limpahkan rahmat kepada kedua ibu bapa kita kerana berjaya mendidik kita menjadi insan yg sempurna
Post a Comment