Teman-teman

Thursday, January 31, 2013

Selamat Hari Lahir Anakku

Aku berbincang dengan isteriku. Aku berkata nak buat surprise sambutan birthday untuk anak gadisku yang jatuh pada 30 Januari. Isteriku setuju dengan cadangan aku. Aku hanya menjemput sebelah kaum keluarga aku sahaja. Tujuannya untuk meraikan anak gadisku. Kedua-dua anakku telah banyak bekorban kasih demi ayah tersayang. Kini aku buatkan dia gembira. Biar dia tahu yang ayahnya amat menyayangi anak-anak. Aku dan isteri ke Kulim kerana telah menerima jemputan kenduri kahwin anak abang iparnya. Selesai kenduri kami singgah di pekan Kulim untuk mencari baju. Cantik-cantik juga baju pengantin di sini

Kek perisa ais krim
Akhirnya aku dan isteri berkenan dengan sehelai baju. Setelah di tawar harganya dapatlah RM200. Lembut kainnya. Walaupun agak mahal tapi aku tak kisah demi anakku. Biar dia rasa gembira dengan pemberianku.
Semasa hidup bersama dengan arwah Siti Aishah bila tibanya hari lahir kami hanya meraikannya secara kecil-kecilan. Tiada potongan kek. Kami keluar makan dan baca doa selamat. Itulah yang kami amalkan selalu. Tak ada yang merungut. Tapi kali ini aku nak something special untuk anakku. Sebab itu aku jemput kaum keluargaku. Biar nampak happening. Aku order satay sahaja manakala isteriku buat laksa dan agar-agar.

Allahum Masalli Ala Saidina Muhammad
Selepas solat maghrib, seorang demi seorang kaum keluargaku datang. Bila semuanya sudah cukup korum maka anak gadisku memotong kek dengan bacaan selawat dari kami semua. Riak muka anak gadisku tampak gembira. Aku juga begitu. Asalkan anak-anakku aku sudah cukup memadai membuatkan hati aku tenang.

Berdoa kepada Allah selepas memotong kek
Setelah kek di potong kami semua mengaminkan doa yang di baca oleh abangku Dr Danial Zainal Abidin. Dalam doa tersebut kami memohon agar anakku sihat dan bertakwa kepada Allah. Setelah doa maka hidangan yang telah tersedia menanti kaum keluargaku menghabiskannya. Riuh dengan gelak ketawa. Itu yang aku mahukan. Kaum keluarga berkumpul. Mesyuarat kecil kecilan dan sekaligus dapat menyelesaikan segala kekusutan

Ini hadiah dari ayah dan emak
Setelah masing-masing kekenyangan maka tiba masanya untuk memberi hadiah. Masing-masing kehadapan memberi hadiah dan bergambar. Riuh rendah jadinya bila diusik. Aku cukup gembira ketika ini. Hadiah dari aku dan isteriku merupakan hadiah terakhir dibuka. Masing-masing ingin melihat apa hadiahnya. Bila dibuka maka menjerit yang lain
" Wauu....cantiknya ". Aku pula mengusik pada anak gadisku
" Kaka tolong tengok berapa harganya ".
" 350 rupiah ". Kata anak gadisku disambut hilai ketawa dari kami.


Ayah mengharapkan agar majlis yang sederhana ini akan dapat dikenang oleh anak ayah kelak betapa ayah sayangkan anak-anak ayah. Terima kasih kerana banyak bekorban untuk ayah. Tiada barang beharga yang dapat ayah berikan. Entah tahun hadapan kita tidak bertemu lagi. Siapa tahu.



4 comments:

insan marhaen said...

Tahniah dari IM kerana berjaya mendidik anak hingga menjadi insan berjaya!

Ariff Budiman said...

insan marhein.....Terima kasih

Anonymous said...

Selamat menyambut ulangtahun buat anak gadis Pak Ariff. Doa saya muga Pak Ariff sekeluarga berbahagia di dunia dan di akhirat. Amin.

Ariff Budiman said...

Anonymous...Amin..Terima kasih di atas doa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...