Teman-teman

Thursday, March 28, 2013

Rehlah Keluarga - Wang Kelian

Aku telah berpakat dengan isteriku ingin ke Langkawi. Sudah berapa kali kami kesana. Isteriku tidak pernah jemu. Tanya saja di mana hendak bercuti sudah pastinya Langkawi menjadi pilihan hatinya. Aku terus melayari Agoda.com untuk menempah hotel. Alhamdulillah kami mendapat sebuah aparment yang mempunyai 3 bilik serta dapur. Memandangkan ini merupakan percutian keluarga maka apartmentlah yang paling sesuai sekali. Aku mendapat maklumat yang check in pada jam 2 petang.


Aku membei cadangan kepada isteriku untuk ke Wang Kelian dan Padang Besar. Memandangkan kami berkereta, jadi tak menjadi hal untuk singgah di tempat lain. Isteriku setuju dengan cadanganku. Awal-awal lagi dia memasak nasi lemak untuk sarapan pagi. Jam 4.30 pagi kami bertolak dari rumah. Kami sampai agak awal di R & R Gurun. Sementara menunggu waktu subuh aku sempat melelapkan mata sebentar. Maklumlah selepas solat nak drive sehingga ke Perlis.


Setelah selesai solat subuh kami terus bergerak ke Perlis. Memang seronok drive kereta bersama keluarga. Isteriku pula rajin bercerita jadi mata aku terasa sedikit segar. Kami mengambil lebuhraya yang menuju ke Bukit Kayu Hitam. Kemudian kami mengambil jalan ke Chuping untuk ke Padang Besar dan Wang Kelian. Jam 8 pagi kami sudah berada di negeri Perlis. Tak sangka pula. terasa cepat masa berlalu. Alhamdulillah disebabkan aku sudah mengenal jalan nak ke perlis jadi senang saja perjalanan kami. Anak gadisku pernah berada dalam program PLKN di Perlis. Aku dan arwah isteri kerap kesana untuk melawat anak gadis kami.


Kami terus ke Wang Kelian. Wang Kelian merupakan border diantara Malaysia dan Thailand. Hanya pada hari Ahad saja ia dibuka kepada kedua-dua negara untuk keluar masuk tanpa permit. Banyak juga jualan disana. Tak banyak barang yang kami beli sebab kami merancang nak ke Padang Besar selepas ini. Kami hanya jalan-jalan melihat pemandangan sekitar tempat itu. Banyak juga bas persiaran yang datang membawa penumpang untuk membeli belah disini. Suasana agak meriahlah juga.


Perut sudah terasa lapar. Kami mengambil keputusan untuk sarapan nasi lemak di taman berdekatan Gua Kelam. Suasana pagi yang sunyi membuatkan kami begitu berselera menjamu nasi lemak isteriku. Keadaan taman di sini tidak begitu elok dan tidak dijaga. Banyak daun-daun kering bertaburan. Air sungai yang tersekat dan tiada penyaliran. Namun disebabkan kelaparan semua itu tidak kami hiraukan. Janji utamakan dahulu perut yang kelaparan.


Setelah masing-masing sudah kekenyangan, kami bergerak menuju ke Padang Besar. Besar kemungkinan banyak barang yang bakal kami beli di sini. Aku pun sudah arif dengan jalan menuju ke sana. Sudah berapa kali aku dan arwah isteriku singgah bila kami melawat anak gadis di kem Perlis.

4 comments:

pB said...

Seronok bila dapat bercuti bersama sama nie

Ariff Budiman said...

pB.......Memang pun. Insyaallah dapat peluang boleh pergi lagi

Anonymous said...

bestnya..menarik gak ni

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Nanti datang ler dgn family

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...