Teman-teman

Wednesday, March 13, 2013

Terima Kasih Cik Afra Luthfiyah

Aku menerima mesej dalam petak friend request. Memang aku tidak mengenali siapa yang menghantar request. Aku just click confirm. Sebentar kemudian aku telah disapa oleh orang yang tertera Afra Luthfiyah. Sedap sungguh namanya. Rupanya dia ialah orang Sabah dan merupakan pembaca blog Warna Nostalgia. Memang tidak dinafikan yang kebanyakkan kawan dalam FB merupakan pembaca blogku. Seronok juga dapat berborak dengan pembaca yang baik hati. Ada yang menceritakan betapa sedihnya mereka bila membaca coretan tentang Berakhirnya Sebuah Kehidupan dan terus memberi nasihat agar aku banyak bersabar. Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang sudi menegur aku di FB.

Aku bergurau minta dia cipta satu craft dengan menulis nama aku dan isteri. Inilah hasilnya. Cantikkan

Sumandak ( gadis ) Sabah ini rajin juga bersembang dengan aku dan akhirnya barulah aku tahu yang dia memang pandai dalam pembuatan seni craft. Cantik-cantik juga hasil seninya. Katanya dia akan hadiahkan aku sesuatu bila kawannya datang kursus di Penang. Seperti janji - janjinya dia memberitahu yang 2 orang kawannya akan datang berkursus di Pulau Pinang dan dia nak hadiahkan cenderahati untuk aku sekeluarga. Syaratnya aku kena ambil hadiah misteri itu di Airport.

Antara hadiah-hadiah yang lain

Seperti yang telah dijanjikan, jam 4 petang aku sudah berada di Airport Bayan Lepas.Terasa begitu tidak sabar. Apakah bentuk hadiah yang akan diberikan. Kereta Myvi ke. Tertawa isteriku bila aku berkata demikian. Talipon berbunyi dan ternyata kawan Cik Afra sudah berada di airport. Setelah bersalaman aku diberi sebungkus hadiah. Bukan kereta Myvi ni. Terus aku pulang kerumah. Isteriku membuka dengan teliti takut koyak pembalutnya. Kalau aku yang alamat kotaklah pembalut itu. Itulah orang perempuan kan. Begitu teliti padahal yang menanti merasa tidak sabar.

Pin baju melayu

Bila di buka saja isteriku terus tersenyum sambil memegang craft yang tertera nama kami.
" Masyaallah bang...Cantik dan pandainya dia buat ". Puji isteriku
" Tak apa. Kita letak dalam frame ". Aku berkata kepada isteriku. Dalam hati aku berkata. Hadiah ini dari peminat aku. Eh..eh..silap bukan peminat tapi pembaca. Kalau peminat once dia tengok wajah aku sudah tentu hilang minatnya. He he.


Aku membuka satu bungkusan. Butang baju melayu dari Mutiara Sabah. Cantik sungguh. Solat Jumaat nanti boleh la bergaya dengan butang baru ni. Bisik hati kecilku. Aku paparkan gambar FB Cik Afra Cumil Craft dengan tujuan mempromosikan craftnya. Aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Afra yang sudi menjadi friend aku di FB dan menghadiahkan aku craft yang cantik. Bukan kepada Cik Afra saja. Ada lagi friend yang lain dan seorang sahabat yang begitu baik dalam hidup aku juga tidak lokek untuk memberi hadiah atas dasar persahabatan. Kepada mereka semua aku doakan agar mereka bahagia, dimurahkan rezeki dan yang penting aku doakan agar kedua-dua ibu bapa mereka berada dalam rahmat Allah. Terima kasih Cik Afra, Saing dan cik Trah yang sudi ziarah kami dan itu juga merupakan sumbangan. Terima kasih semua. I love you all. Ehh..mana boleh. I LIKE LIKE LIKE YOU ALL.


5 comments:

Thirah said...

cik Trah tu sape kah?adakah saya..hehehe..ala..nk bagi hadiah tapi tak kreatif camtu..yang trah mampu doa untuk en ariff sekeluarga semoga bahagia dunia akhirat dan dipermudahkan urusan.. :)

Ariff Budiman said...

Thirah...Ye lah. Siapa lagi. Sudi datang kerumah kami pun dah kita menyumbang. Yang penting ialah doa dari Trah untuk kami. Terima kasih banyak2 ya

Thirah said...

nanti ada peluang nak g rumah encik ariff lagi...hehehe..

Ariff Budiman said...

Thirah...Nanti boleh datang dengan suami. insyaallah pintu rumah sentiasa tertutup. Tekan loceng baru kami buka. Kih kih

pB said...

assalamualaikum

pB pun nak jadi fren jugak lah


apa ID fesbuk IM ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...