Teman-teman

Wednesday, March 27, 2013

Tok Chik Sudah Tua

Kelmarin petang aku kerumah ibu mertuaku. Disitulah tempat aku melepaskan rinduku terhadap arwah Siti Aishah. Banyak kenangan kami bersama di tempat ia dibesarkan. Kelihatan ramai anak saudara yang berkumpul di situ pada sebelah petang. Apabila aku sampai maka serbulah cucu saudara
" Hoi..Tokchik datang la. Jom kita minta Tokchik belanja aiskrim ". Kata salah seorang daripada cucu saudara.
" Tokchik...Belanja la kami aiskrim. Lama kami tak rasa ". Tokchik terus mengeluarkan lipan bara bila melihat muka sedih cucu saudara minta di belanja. Tak sampai hati rasanya Tokchik.
" Yey yey...Tokchik bagi duit.. ". Sambil terus mengayuh basikal menuju ke kedai yang menjual aiskrim.

" Rosnah tak datang ka ". Tanya ibu mertuaku sambil bersalaman dengan menantunya.
" Dia sibuk di dapur mak ". Ringkas saja jawapanku sambil anak mata melirik kearah cucu saudara yang baru pulang dari kedai. Berebut-rebut yang lain mengambil aiskrim. Gembira hati Tokchik melihat gelagat cucu saudara.
" Terima kasih Tokchik sebab belanja kami aiskrim. Sedap aiskrim ni ".Mahu tak sedap. Beli aiskrim corneto pula tu. Nasib baiklah cukup-cukup saja untuk mereka. Kalau tidak beg duit Tokchik harus di buka lagi.

" Tokchik Tokchik ". Salah seorang dari cucu saudara bersuara sambil lidahnya menjilat aiskrim corneto.
" Ada apa panggil Tokchik ni ". Tanya Tokchik kepada cucu saudara.
" Tokchik nampak tua la. Muka pun dah berkedut ". Kata-kata cucu saudara membuatkan Tokchi Grrr... macam nak jadi Incredible Hulk. Ibu bapa yang lain hanya mampu tertawa gelihati melihat kejadian tidak pelik tetapi benar sebab rata-rata sudah mengenali cucu saudara yang seorang ini.
" Hai..Tokchik baru saja belanja dah kena kutuk ". Kata Tokchik kepada cucu saudaranya.
" Cuba bagitau dekat Tokchik dimana nampak berkedut ". Tokchik inginkan kepastian sambil membelek muka di cermin.

" Ala...dekat dahi, bawah mata, pipi...Semuanya berkedut ". Selamba saja kata cucu saudara. Sekali lagi Tokchik grr....
" Tapi yang bestkan...Walaupun Tokchik nampak tua Tokchik pakai hp canggihhh.. ". Kata-kata itulah yang membuat Tokchik kembali reda akan kemarahannya. Kata-kata itulah juga yang membuat Tokchik ingin meneruskan kehidupannya.

" Tokchik walaupun nampak tua tapi Tokchik ramai peminat ooo ". Kata salah seorang anak saudara Tokchik. Tokchik tersenyum lagi bila di puji ramai peminat.
" Hah...Tokchik ramai peminat. Peminat Tokchik lelaki ke perempuan ". Tanya cucu saudara kepada ibunya.
" Tentu la peminat Tokchik perempuan ". Kata ibunya sambil tersenyum melihat Tokchik. Tokchik juga tersenyum bangga bercampur perasan.
" Oyo...Tokchik ada peminat. Siapalah peminat Tokchik yang malang tu ". Kata-kata cucu saudara itu membuatkan Tokchik kembali grrr....
" Budak ni tak sayang mulut. Tokchik baru saja belanja aiskrim dah kena kutuk ". Cucu saudara tersengih bila Tokchik marah-marah. Namun itulah Tokchik. Tak pernah Tokchik terasa hati dengan gurauan anak cucu. Sekurang-kurang Tokchik telah terhibur seketika.

Pulang kerumah, Tokchik lelaki terus menceritakan tentang peristiwa bersama cucu saudara kepada Tokchik perempuan. Apalagi...Tokchik perempuan ketawa berguling-guling bila cucu saudara berkata Tokcik lelaki sudah tua dan muka berkedut dan malangnya nasib peminat Tokchik.
" Terimalah kenyataan Tokchik ". Gurau Tokchik perempuan. Grrr.......

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Sedar tak sedar, mahu tak mahu, kita makin dimamah waktu. :)

Ariff Budiman said...

Kakcik...Benar dan itulah yang Tokchik lalui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...