Teman-teman

Saturday, August 30, 2014

Aku bukan Pengampu

Aku masih ingat ketika kami mengadakan mesyuarat dengan pihak pentadbiran. Kata bos, zaman sekarang apa saja kerja yang dilakukan perlu adanya bukti. Ini termasuk kalau kita melakukan tugas yang di luar bidang kita sila tunjukkan bukti agar pihak yang berwajib dapat menilai prestasi kita. Sudah beberapa kali aku terserempak dengan bos ketika sedang mop. Bos tersenyum dan kemudian bertanya
" En Ariff dah hantar gambar ".
" Saya ikhlas buat kerja tuan haji. Untuk berpeluh saja ". Marah bos aku bila aku kata begitu
" Itu tak betul Ariff. Nanti bila masa penilaian jurutera awak tidak dapat menilai awak dengan baik dan awak akan marah sebab awak buat lebih dari jangkaan. Tapi awak tiada bukti. Memang betul awak ikhlas tapi zaman sekarang sudah berubah ". Kata-kata bos membuat aku akur dan berjanji

Berpeluh oooo.....

Hari ini jam 8 pagi aku sudah tiba di tempat kerja. Aku keluarkan timba dan mop dan memulakan tugasku. Sebelum ni nampak berdebu saja lantai. Aku mengambil gambar dengan menggunakan setting lalu aku hantar ke bos. Bos jawab kembali yang membuat aku tersenyum sendirian bila membaca WhatsApp dari bos aku.
" Bagus Ariff tapi saya musykil siapa yang ambil gambar awak. Ada orang lain ke bersama awak ".
" Saya seorang diri tuan haji. Gambar ni saya ambil sendiri ". Jawabku ringkas. Peluh sudah membasahi bajuku
" Macam mana awak buat. Hp apa yang awak guna ". Gelihati aku baca mesej bos aku. Terhenti aku mop lantai
" Hp saya ada setting. Saya pakai hp murah saja ". Aku jawab ringkas
" Hp apa. Saya nak cari ". Tanya bos
" S4 tuan haji ". Ringkas saja aku jawab
" Laa...saya pun guna S4 la. Nanti Ariff ajar saya ". Aku tertawa seorang diri membaca mesej bos. Ingatkan aku merupakan orang yang terkebelakang dalam bab it ni. Rupanya tidak......Canggih teknologi sekarang ya..

1 comment:

akuzle ayu said...

Bos oh bos.. Nampaknya abe ariff jd tempat rujukan berkenaan hp pula lepas ni. Gelihati baca perangai bos abg ariff..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...