Teman-teman

Monday, August 11, 2014

Madu Kelulut

Bangun pagi minda terasa nyaman dan tenang bila melihat persekitaran homestay. Dari jauh kelihatan asap berkepul hasil daripada kepanasan kolam air panas Ulu Legong


Alhamdulillah. Tuan rumah sudah menyediakan sarapan pagi untuk kami. Air teh, nasi goreng dan kuih raya sebagai pengalas perut kami di waktu pagi. Syukur kepada Allah. Perut sudah berisi dan destinasi kami pagi ini ialah ke ladang kelulut untuk menikmati dan membeli madu kelulut.




Jam 10 pagi kami sudah berada di ladang. Ladangnya yang terletak berdekatan dengan pusat rekreasi Ulu Legong. Ia terletak dalam kawasan kebun buah-buahan. Bila tiba kami sendiri tidak tahu yang batang pokok itu alah sarang kelulut



Kami mendapat tunjuk ajar dari pekerja yang menjaga kelulut. Ilmu yang baru tentang menbela madu kelulut. Dikatakan hasil dari kajian pihak Mardi ialah satu camca madu kelulut bersamaan dengan 10 camca madu lebah. Itulah kebaikan madu lebah. Ia amat berkesan untuk penyakit kencing manis menurut kata penjaga madu hasil daripada info yang di perolehi dari mereka yang mempunyai penyakit ini dan setelah menggunakan madu kelulut.




Biasanya pihak penternak madu kelulut akan mengenakan bayaran sebanyak RM5 seorang untuk menyedut madu kelulut dengan menggunakan straw. Tapi rezeki kami baik hari tu sebab kami dapat menyedut madu kelulut secara percuma. Freash dari ladang lagi. Aku tidak buang masa lagi. Tidak mahu terlelpas peluang keemasan ini. 




Akhirnya dapat juga aku menyedut sebanyak 3 lubang. Kami juga telah diberi penerangan tentang madu kelulut. Seronok jjuga dapat mendengar ilmu baru. Untuk menternak kelulut tidak memerlukan modal yang tinggi kata penjaga madu. Peramah orangnya.





Akhirnya aku membli sebanyak 20 botol madu kelulut hasil pesanan dari kaum keluarga. Harga dari ladang tidak sama dengan harga di luar. Kebanyakan madu yang di jual di luar sudah di tambah. Amat susah mendapat madu yang ori.






4 comments:

sukaxplo said...

salam
saya & famili amalkan makan madu selalu setiap hari/minggu. alhamduliLLAH penyakit macam selesema & demam yg berat tak datang.

Ariff Budiman said...

Alhamdulillah sukaxplo

nina said...

tlg bagi tahu mana boleh saya dapat platic hitam yg simpan madu dalam kotak ...contact 0169219788

Muhammad Sabri said...

Abg gi bercuti kt mana..bole share info tempat dan no.contact homestay..bulan 3 saya nk gi bercuti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...