Teman-teman

Tuesday, August 19, 2014

Kisah Maggi Ketam

" Abang....baru-baru ni Nah egok tv. Kisah restoran buat maggi ketam ". Isteriku memulakan bicaranya. Berminat juga aku mendengar kata-katanya. Terus aku memberi perhatian walaupun rancangan tv agak menarik juga. ".
" Abang tau di tumis bawang putih dan masukkan sos. Nak bagi maggi ketam tu rasa lebih sedap dia masukkan sotong dan udang ". Kata-kata isteriku membuatkan aku terus tergoda.
" Nah...esok kita buat maggi ketam ". Kataku. Ketawa isteriku
" Abang ni tak boleh dengar nama maggi ". Aku turut tertawa bila di perli isteriku


Jam 7 pagi aku ke pasar dengan matlamat mencari ketam, udang dan sotong. Tengahari nanti merasalah aku maggi ketam. Aku berlegar-legar mencari ketam. Akhirnya aku membeli 2 ekor ketam dengan harga sebanyak RM9. Mahal juga tu tapi takpa janji dapat makan maggi ketam. Aku membawa pulang dan beri kepada isteriku. Sedang aku asyik dengan ipadku aku terkejut bila isteriku memanggilku dengan nada cemas. Cepat-cepat aku ke dapur
" Bang...Ketam ni busuk. Nah tanggalkan getah dia, terus kaki ketam terjatuh. Kemudian ada air keluar dari badan ketam ". Aku mencium ketam tersebut. Ternyata baunya busuk.

Menyirap darah aku kalau barang mahal tapi tiada kualiti. Aku memasukkan kembali lalu keluar kepasar kembali. Siap cina ni nak kena dengan aku. Penjual cina ternganga bila melihat aku membawa ketam kembali
" Lu punya ketam busuk la. Wa beli bukan murah oo. RM9. Macam mana lu boleh jual ketam busuk dekat orang ". Rakan-rakan penjual cina yang berada di sebelah hanya terdiam
" Aikkk...mana boleh busuk ". Kata penjual tersebut lalu membuka kulit ketam
" Eeeee ". Itulah ayat yang mampu keluar dari mulutnya
" Lu angkat ketam baru ". Katanya kepadaku. Mudah saja
" Mesti ketam ni pun busuk. Wa mau duit balik ". Kataku
" Wa buka kasi sama lu. Kalau elok lu angkat. Kalau tak elok jangan angkat ". Katanya tanpa ada rasa bersalah.
" Lu tak boleh ni macam jual. Wa nanti berdoa sama tuhan ala kasi orang tak nampak lu punya kedai. Dia orang lalu sini tak boleh nampak kedai lu ". Aku sendiri tak sangka yang aku boleh terkeluar ayat ni. Terlalu geram aku ketika tu
" Ai ya...lu jangan doa itu macam. Takpa wa kasi lu lagi satu ekor. Wa lugi takpa hari ni ". Katanya
" Lu tau lu punya rugi tapi lu tak fikir orang punya rugi. Wa duduk jauh beli lepas tu datang tukar balik ". Walaupun aku sudah tawar untuk menerima kembali ketamnya bersama seekor lagi tapi aku malas nak bertekak sebab aku melihat ketam yang di buka olehnya nampak elok.


Aku membawa pulang lalu beritahu kepada isteriku yang aku akan makan maggi ketam selepas solat maghrib. Alhamdulillah selepas solat maghrib isteriku kedapur lalu membuat maggi ketam untukku. Dia membawa lalu diletakkan di atas meja
" Bang....Makan maggi ketam ni ". Kata isteriku
" Terima kasih ". Dengan lafaz bismillah aku makan dengan seleranya. Alhamdulillah. Allah yang memberi nikmat makanan yang sedap.

5 comments:

Nor Azimah said...

Alhamdulillah..nampak sedap tu

sukaxplo said...

bang
bagi resepi..kot2 boleh jugak buat,,terliur pulak saya koh koh koh

Ariff Budiman said...

Nor Azimah...Memang sedap

Ariff Budiman said...

sukaxplo.....Senang saja. pertama saya gunakan maggi mamee extra pedas. Remdam dalam air panas dulu dan asingkan. Tumis bawang putih atau merah. Tumis juga sedikit cili boh. Tuang air kedalam bahan2 yg telah di tumis. Masukkan, sotong, udang dan ketam bersama perencahnya. Last sekali baru masukkan ketam. Itu yg saya buat la. Bagi saya ianya sedap. Nak try boleh la

sukaxplo said...

terim kasih bang resepi itu.nanti saya try buat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...