Teman-teman

Thursday, August 14, 2014

Kisah Daun Kunyit

Isteriku menerima tempahan laksa, ketupat dan rendang ayam dari anak saudaraku untuk jamuan di tempat kerjanya. Pagi-pagi lagi kami ke pasar mencari bahan-bahan untuk di masak. Penuh juga dalam raga motosikalku bahan-bahan yang kami beli. Tak cukup dalam raga motosikal aku sangkut beg plastik di handle pula. Sebiji macam cina yang menjual ikan menggunakan motosikal. Kalau pergi dengan kereta alamat sesak la dan aku pula jenis yang tidak sabar dengan keadaan macam ini. Jadi motosikal saja pilihanku walaupun dalam raga di penuhi dengan barang. Bila pulang kerumah isteriku terus kedapur. Sekejap sekejap dia mengadu terasa bisa-bisa di badannya. Tahulah aku demam akan menyerangnya. Akhirnya dia tinggalkan sekejap barang-barang dan masuk kebilik untuk berehat. Sebab itu aku berikannya panadol dan menyuruh dia berehat dan aku yang masuk dapur seperti yang aku tulis sebelum ini dengan tajuk Bila Isteriku Demam. Bila bangun tidur isteriku beritahu yang badannya sudah pulih. Alhamdulillah. Jam 10 malam isteriku beritahu yang dia terlupa membeli daun kunyit. Daun itu untuk digunakan membuat rendang ayam
" Abang tolong cari kalau ada di jual di kedai ". Kata isteriku. Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Susah nak dapat kedai runcit yang menjual daun kunyit pada waktu malam. Hanya satu tempat yang berlegar di otakku ialah rumah ibu mertuaku. Di dalam hutan belakang rumah ibu mertuaku saja terdapat pokok kunyit.

Jam ditangan menunjukkan pukul 1030 malam. Aku keluar menuju rumah ibu mertuaku yang tinggal berdekatan dengan rumahku. Rumahnya sudah gelap. Ibu mertuaku telah tidur. Aku mengeluarkan hp lalu ON torchlight. Aku terus kebelakang rumah. Aku sudah tahu akan keadaan hutan belakang rumah ibu mertuaku. Banyak makhluk berlegar di situ maklumlah rumah- rumah sudah di roboh. Tanah telah di ratakan. Semuanya atas tujuan pembnaggunan jadi mereka tiada tempat untuk tinggal. Mereka terpaksa mencari tempat alternatif jadi di belakang rumah ibu mertuaku tempat tinggal mereka yang baru.

Dengan menggunakan cahaya torchlight talipon bimbitku aku masuk kedalam hutan. Terlihat ada daun kunyit. Aku memotong daun kunyit dengan tanganku. Entah tiba-tiba si pocong sudah berada di depanku. Kosong matanya merenung aku sambil kepalanya kekiri dan kekanan. Aku terkejut lebih dari beruk terus aku mencabut pokok kunyit. Manalah aku tak terkejut. Tiba-tiba saja berada di depanku. Main-main ka sama aku. Aku pula bukan yang jenis berani orangnya. Takut juga aku hingga mencabut pokok kunyit.

Pulang kerumah aku cerita kepada isteriku. Tersenyum dia mendengar cerita aku.
" Dia ikut abang balik tak ". Tanya isteriku
" Rasa-rasanya tak kut ". Sambil aku melihat di luar rumahku. Nasib baik aku tercabut pokok kunyit. kalau aku tercabut kain kapannya. Auww....tentu malu pocong tu. Hehe....

8 comments:

Nor Azimah said...

saya ada terbaca post-post sebelum ni, pasal AB boleh nampak 'benda2' tu, MasyaAllah..beraninya,kalau saya tak taula nak cakap...

Ariff Budiman said...

Nor Azimah....Takut2 berani. Hehe. redah ajer

Ju-Dzahir_Amanda said...

heheheh lawak pulak... tp lawak serammm...

sukaxplo said...

salam bang
errr...takleh la cari daun kunyit malam malam kalau camnih...huhuh

eray ayang said...

adeh, citer nampak pocong macam nampak kawan2 lama je..hahahaha

Ariff Budiman said...

Ju_Dhahir_Amanda.....itu yang dinamakan 2 in 1. Lawak dan seram. Hehe

Ariff Budiman said...

Sukaxplo....Wassallam. Tak apa dah menjadi kebiasaan saya meredah hutan belakang rumah mak mertua. Cuma kadang2 dia timbul mengejut. Tu yg terkejut lebih dari beruk

Ariff Budiman said...

Eray ayang.....Kih kih. Nak buat macam mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...