Teman-teman

Friday, August 01, 2014

Kisah Buah Manggis

Salam. Pertama sekali aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembacaku. Semoga Allah terima amal-amal kita semua semasa berada di dalam bulan ramadhan. Aku mohon maaf kepada pembaca semua kerana sudah lama tidak update blogku ini. Tentu ramai sudah meninggalkan blog ini. Maaf sekali aku pinta. Insyaallah aku akan cuba sebaik mungkin untuk aktifkan kembali penulisanku di blog ini. Sebelum ini banyak penulisanku di FB dan meninggalkan blog kesayanganku suatu ketika dahulu. Kali ini aku mempunyai kisah baru untuk aku kongsikan bersama. Inilah kisahnya....


Hari ini aku ke pasar malam kerana terlalu inginkan buah manggis. Bila sampai kelihatan pasar malam amat lengang. Maklumlah masih lagi dengan suasana hari raya. Namun masih ada yang menjual. Aku menghampiri pasangan cina yang menjual buah manggis
" Sekilo berapa tauke ". Aku bertanya
" Satu kilo RM3. Boleh pilih sendiri ". Kata penjual buah. Aku terus memilih buah
" Banyak sudah hitam-hitam tauke. Tak ada yang elok sikit ka ". Tanyaku
" Ini buah sudah banyak elok. Ini buah wa bungkus. Tarak jatuh bawah ". Katanya tauke cina yang membuat aku kepeningan.
" Tauke...lu cakap lagi satu kali. Ini buah masa you kait pakai bungkus atau you bungkus ini buah masa atas pokok ". Aku bertanya untuk kepastian
" Wa bungkus atas pokok. Sebab itu la elok ". Aku tersenyum mendengar tauke cina ni nak kencing aku.
" Tauke....wa..dulu masa muda wa naik ini pokok. Wa kait ini buah kasi jatuh bawah. Lepas tu wa kutip semua buah wa hantar untuk dijual. Dia orang akan pilih buah merah. Buah hitam dia orang tak angkat. Tapi wa tak pernah jumpa lagi ada buah maggis kena bungkus atas pokok. Kalau buah manggis kena bungkus pasti ini buah besar tapi ini buah kecik saja ". Panjang lebar aku terang kepada tauke cina

Tiba-tiba aku terdengar suara isterinya bising-bising dari dalam van. Isteri terus keluar
" Lu jangan dengar wa punya laki cakap. Dia talak betoi. Dia punya buah la kasi bungkus. Manggis mana bungkuih ". Kata-kata isteri tauke cina tadi membuatkan aku ketawa gelihati
" Haa...tauke. Betoi la cakap lu punya bini. Manggis mana bungkus. Lu lawak la ". Aku bergurau dengan tauke cina yang hanya mampu diam bila di perli isterinya.
" Gila punya olang. Buah manggih ada bungkuih. Dia punya buah la bungkuih ". Rungut isteri tauke cina. Aku hanya mampu tertawa gelihati lalu membeli sekilo buah manggis. Aku tersengih bila mengingatkan kembali kata-kata isteri cina buah tadi.....
" Dia punya buah la bungkuih...". Kih kih. Selamat Hali Laya

2 comments:

Asma Rina said...

selamat hari raya tokjang :)

Ariff Budiman said...

Selamat hari raya Asma Rina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...