Teman-teman

Thursday, April 30, 2015

Tak Mungkin

Isteriku meletakkan plaster di kedua- dua bahuku. Aku terus melayan konsert Kilauan Emas. Aku tersentuh ketika persembahan Ameng. Mengalir airmataku bila melihat wajah isteri serta anak- anak Ameng. Aku dapat merasai bagaimana kerinduan isterinya. Sudah berapa lama mereka terpisah di sebalik tirai- tirai besi. Aku meneruskan khayalanku alangkah indahnya jika yang berada didepanku ialah arwah Siti Aishah. Sudah 6 tahun aku kehilangannya tapi mana mungkin mereka yang sudah meninggal boleh berada di dunia ini melainkan aku juga mati. Itulah saat yang aku hadapi ketika motosikalku hampir bertembung dengan motosikal yang lain.

Ketika itu aku dapat merasakan saat kematianku telah tiba. Aku tergamam membiarkan motorsikalku meluncur laju. Entah macam mana ketika menghampiri tiba- tiba aku mengelak tapi sudah terlewat. Walaupun hentamanku sebelah sisi saja namun aku dan pemuda cina yang menunggannya terpelanting. Aku bingung ketika itu. Setelah beberapa minit aku bangun lalu mendapatkan pemuda cina
" Macam mana you punya motosikal ". Aku bertanya sambil mengurut pinggangku yang sakit
" Stering sudah bengkok. Lu salah. Wa sudah hijau ". Katanya
" Betul tauke saya salah ". Aku mengaku
" Sekarang you nak buat apa. Saya punya motor rosak ". Kata pemuda tadi
" takpa kita bawa ke kedai. Saya bayar ". Kami terus ke kedai motorsikal. Setelah pomen melihat akhirnya jumlah yang perlu aku baiki terhadap motosikal pemuda cina ialah sebanyak RM200.

Terus aku membayarnya cash. Kami berjabat tangan tanda kes sudah selesai. Aku melihat pula motosikalku yang juga rosak tapi tidaklah seteruk mana sebab aku sempat mengelak. Kalau aku bertembung tepat akibatnya aku pasti cedera parah. Syukur kepada Allah yang masih menyelamatkan aku. Kepada rakan- rakan FB yang bertanya dan berdoa, aku mengucapkan ribuan terima kasih. Maaf aku tidak dapat membalas mesej kalian. Masih terasa pening dan sakit seluruh anggota badanku. Moga kita ketemu lagi.

 

2 comments:

insan marhaen said...

Sebab itu selepas beberapa kali jatuh dan melihat penunggang tergolek di jalan, saya ambil keputusan pi kerja dengan kereta.

sambil memandu boleh gak dengar lagu-lagu Ebiet..ha..ha..

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Memang isteri saya suruh saya pergi kerja guna kereta tapi saya tak selesa. Masalah jemn jalan. Nak berhenti beli makan pun susah. Yang pasti saya perlu lebih berhati2 selepas ini. Sudah berapa kali saya accident

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...