Teman-teman

Sunday, March 22, 2009

Entah Kenapa Ya Hati Ini Tiba-Tiba Resah

Dua tiga hari aku begitu sibuk dengan tugasan kerjaku. Sekejap ada saja aku diarahkan standby di merata tempat. Bagaimana pula dengan permohonan anaku ke IPTA. Sudah ka dibereskan. Takut juga tarikh permohonan telah di tutup. Akhirnya aku juga yang terpaksa memimpinnya memohon ke IPTA. Kalau tak buat begini memang sampai bila pun tak buat.

Setelah selesai permohonan online dibuat. Aku terfikir juga bagaimana nanti kedua-dua anaku berjauhan denganku. Kini anak lelaki aku bekerja untuk mencari wang saguhati sebelum ke IPTA. Tatkala aku pulang kerja memang terasa sunyi sekali dirumah. Ahh.. bagaimana pula aku akan menghadapi Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.

Bila aku berada di rumah aku hanya mampu mengalamun saja sambil anak mata memerhati harta peninggalan isteriku. Bajunya memenuhi almari. Hendaku sedekah terasa seolah-olahnya aku telah memberi ingatan terhadapnya kepada orang lain. Aku biarkan saja hartanya ditempat asal. Sekurang-kurangnya terlepas juga kerinduan ini.

Ya Allah kenapa dua tiga hari ini mimpiku terlalu aneh. Siapakah wanita yang selalu berada di depan pintu rumahku. Wajahnya kelihatan samar-samar. Apakah petunjuk yang Allah akan berikan kepadaku. Aku begitu risau dan takut. Bayangan ini selalu mengganggu aku. Adakah ini petunjuk wanita yang menyihir isteri aku. Kata ustaz yang menyihir isteri aku ialah sepasang suami isteri. Aku mengenali mereka. Jadi siapakah wanita ini. Mungkin........ ah biarkan saja mainan mimpi ini.

6 comments:

syahidah said...

Salam..mimipi tu kata ustaz saya kalau sebelum tidur kita berwudu' dan mimipi itu sekitar dua pertiga malam kita boleh pertimbangkan..kadang2 bimbang ia hanyalah mainan tidur kita sahaja..wallahua'lam..

hrusli61 said...

Firasat hati adalah kurniaan Allah. Cuma kita perlu bersiap sedia selalu bacalah doa-doa di setiap ketika.

Sebelum masuk rumah bacalah Al-Ikhlas 4 kali dan beri salam. Sebelum tidur baca '3 Qul' dan sapu ke seluruh badan.

Semoga pentanda baik mengirimu dan dihindarkan yang buruk-buruk. Amin.

ARIFF BUDIMAN said...

Syahidah... Terima kasih. Memang saya anggap mimpi yang saya alamai itu hanyalah mainan tidur walaupun sebelum saya tidur saya membaca Al Quran dan sudah tentu berwuduk

Cikgu hrusli..Insyaallah cikgu doa dan pendinding saya dah buat.Saya pun tak pernah lupa dengan Al mathurat sebelum tidur.Amalan 3 qul lalu disapu diseluruh badan memang saya amalkan. Terima kasih cikgu

insan marhaen said...

Mungkin juga yang samar-samar itu ibarat bidalan; yg patah tumbuh, yang hilang berganti.

Cekalkan hati...

HJ ATAN said...

Saya bersetuju dgn insan marhean.Saya nak pinjam kata-kata ustaz Khasim "Jgn jadi mcm Kassim Selamat(P.Ramlee) selepas berita kematian isterinya dia tak bermaya lagi.Menangis sehingga buta"

Kan perkara yg diluar jangkauan(sihir) kita dah kata nak serah pd Allah?..serah aje le.Tapi bab meneruskan hidup dlm kesepian yg selalu kita paparkan elok abik sirius.Awak tu masih muda..lain la kalau nak jadi mcm imam Nawawi.Ada projek nak tulis buku untuk tatapan umat.

Apapun pisau ditangan kanan dan timun ditangan kiri

Pukullah tabuh x2
pukul rebana
Tapi kalau tiada pengantin
TIADA BERGUNA

ARIFF BUDIMAN said...

Hj Atan terima kasih. Nasihat itu akan saya amalkan. Insyaallah kalau sampai masa akan berlaku juga perkara itu. Siapa pun tak boleh halang. Hj Atan ada calun ka. He he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...