Aku menerima berita dari anak lelakiku yang mengambil result SPM. Katanya tidak ada yang matapelajaran yang gagal. Ada A dan ada credit. Bagi aku ini dah cukup sempurna sebab aku tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap anak lelakiku. Melihat pada ujian percubaan banyak yang gagal. Mengalir airmata emak bila keputusan peperiksaan percubaan diumumkan. Ayah terpaksa mententeramkan mak. Mak takut bagaimana nanti kehidupan anak-anak tanpa ilmu. Tak sangka dalam diam dia berusaha.
Kalaulah ada emaknya. Tentu berita ini akan membuatkan emaknya menangis kegembiraan. Ibu yang tidak jemu-jemu solat hajat meminta kepada Allah kejayaan kepada kedua-dua anaknya. Setiap malam ibu akan bangun dan kadang-kadang dia akan mengejutkan aku untuk bersolat sama. Ingatlah anak-anakku. Emaklah yang memainkan peranan untuk kejayaan ini. Tanpa doa dari emak masakan anak-anak boleh berjaya. Kadang-kadang emak akan menangis kalau tersentuh. Tapi menangisnya emak kerana inginkan kejayaan anak-anak. Emak inginkan anak-anaknya menjadi sempurna. Emak inginkan kedua=dua anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Bagi ayah, inilah satu-satu berita yang sangat-sangat mengembirakan sejak kematian emak. Ayah bersyukur diatas kejayaan ini. Tanpa ilmu siapalah kita disisi Allah. Akan ayah korbankan masa ayah untuk kedua-dua anak ayah. Biarlah anak-anak ayah berjaya didunia dan juga akhirat. Jagalah aurat dan solat wahai anak-anaku. Jangan lupa berdoa. doa dan doa untuk kebahgiaan mak di akhirat. Juga janganlah lupa berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada ayah untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Tanpa usaha seseorang itu tidak akan berjaya. Syukur Ya Allah sekali ini bukanlah satu keputusan yang cemerlang. Sekurang-kurangnya anakku telah berusaha.
7 comments:
Alhamdulillah...tumpang seronok...boleh buat kenduri kesyukuran...haha...tahniah2
Alhamdulillah...selamat berjaya....tahniah!
Alhamdulillah,syukur..tahniah buat adik hermawan n tahniah juga buat abgDman skuarga..smoga berjaya dunia akhirat amin...
kalau buat kenduri tu, jangan lupa jemput..
Insyaallah. Ikan semilang
apa ikan semilang lak....ayam percik ka...baru ada umm....haha
Salam Sdr Budi,
Tahniah buat anak dan ayahnya skali.. Biar sederhana kejayaannya asal hebat akhlaknya..
Giliran saya plak dag-dig-dug tahun dpn..
Post a Comment