Teman-teman

Monday, March 02, 2009

Hanya Kerana RM3

Malam ini cuaca alhamdulillah nampak cerah. Aku mengambil keputusan menggunakan motosikal saja untuk ke tempat kerja. Seperti biasa aku singgah di stesen minyak untuk mengisi petrol.
" Pam no. 16 RM3 ".
" Ok Bang. Selamat jalan bang ". Jawab petugas bangla.
Aku pun terus ke motorsikal untuk mengisi minyak. Terdapat dua orang gadis sedang memegang pam lalu memberi pam kepadaku. Sangkaku mereka meminta tolong meletakkannya ketempat asal.

Cepat-cepat seorang gadis berkata. ' Bang jangan letak pam lagi. Ada minyak balance banyak lagi. Abang guna la ".
" Ya ka. Terima kasih. Semoga Allah tambah rezeki dekat adik lagi". Tersenyum mereka berdua.
Aku pun pam sehingga tangki motorsikal aku pun penuh. Pam yang aku punya belum lagi digunakan.

Aku pun berkata, " Disini ada minyak free. Siapa mau ". Apalagi bila dengar saja free yang duduk jauh pun boleh dengar sehinggakan pam yang bernombor 16 menjadi sesak. Keadaan menjadi riuh dan kecuh sebab ramai yang menyangkakan yang malam ini minyak free. Tempik, maki hamun entah apa-apa saja sehinggakan aku nak jalan pun susah.

Aku hidupkan injin motor dan terus pergi. Sayang wartawan malam ini lupa bawa kamera. Kalau tidak boleh juga rakam gambar kekecuhan hanya kerana minyak free yang berharga RM3.

5 comments:

myfr3ak said...

Hahaha, memang kena serbu kan bang.. ekekeke.. nanti nak terai buat la..isi minyak moto RM10, then jerit, "wey, minyak free ni.." ekeke

Nadine Zuharra said...

mm,orang kalau bab berebut mmg boleh bikin kecoh..
teringat ttg insiden agihan zakat di indonesia..sampai ada yang meninggal kerana terpijak dn sesak nafas..aduhai..

alizarin said...

macam menarik jer...
rasa macam teringin nak buat pulak..

jiejah d'blogger said...

ahahahaha lawak laaaa..

Kembara Hati Sang Jejaka said...

hmm..
bayar RM3, isi penuh setangki?

MasyaALLAH...halal ke tu bang...
sebab RM3, nanti rugi RM300.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...