Teman-teman

Saturday, February 28, 2009

Isteri Sihat ka

Entah mengapa dua tiga hari ini badanku terasa amat sakit sekali sehinggakan bahu kananku tidak dapat diangkat. Untuk mengetuk keyboard memang aku malas dengan keadaan badan yang kurang sempurna. Namun aku gagahi juga untuk kepasar membeli barangan keperluan dapur agar memudahkan anak gadisku meneroka masakannya. Memang tabiat aku kalau kepasar tak tahu nak beli apa. Aku pusing dan pusing akhirnya aku tak beli apa-apa pun.

Aku berjumpa dengan kawan lamaku yang kini sudah berpindah ketempat lain. Kami berbual-bual kosong sambil anak mata memerhati akan ikan-ikan segar. Tiba-tiba aku terkejut dengan soalan darinya. " Budiman, isteri sihat ka". Aku tergamam dengan soalan ini. Aku pun terkeluar kalam,
" Alhamdulillah sihat, ada di rumah sedang tidur".
" Patut la tak nampak sebab selalunya datang berdua ".

Akhirnya kami berpisah mengikut haluan masing-masing. Aku seperti biasa pulang kerumah tanpa membeli apa-apa barangan. Rezeki kami hari tu memang Allah tetapkan. Kami mendapat jemputan dari keluarga mertua untuk makan tengahari disana. Aku pun terus menyarung uniform sebab akau akan terus ketempat kerja.

Dalam perjalanan ketempat kerja aku mengalamun tentang insiden pagi itu. Aku terus dibuai imbauan kenangan sewaktu aku dan arwah isteri. Entah macam mana aku sendiri tidak sedar bahawa aku telah sampai kesimpang yang sepatutnya aku belok. Akhirnya aku terus memandu sambil mengimbas kenangan silam. La ila ha illallah aku tersilap jalan. Kini aku menuju terus highway ke KL Terpaksa juga aku mencari alternatif untuk aku pusing kembali ke tempat asal.

Itulah masalah yang sering aku alami ketika memandu diatas jalanraya. Suka berkhayal walaupun ditemani dengan lagu-lagu nasyid. Akhirnya lagu itu sendiri aku tidak dapat mendengar akibat terlalu kuatnya lamunanku.

5 comments:

Anonymous said...

ha..ha.. ingat aku sorang je yang selalu tersasar ke jambatan pulau pinang walaupun sebenarnya hendak ke bayan lepas dari tanjung.

bayangkan, kena pusing balik bayar tol...

sadis....isk..isk..isk..

nadinezuharra said...

saye kalau memandu mmg 'berjaga' skit..bukan apa,takut tercium kereta org lain.. : ) hati2 ye sdr budiman..

*rindu kat pulau pinang..rasenye hampir hafal jg jalan2 kat sana..kalau dulu suka makan dekat gerai nasi bungkus berhampiran stadium PISA.. santai ajer.. :D

Ariff Budiman said...

Insan Marhein.. Cari jalan untuk patah balik pun boleh sesat lagi. memang sadis sungguh

Nadine.. Kalau stadium PISA tu dekat rumah saya la.

hrusli61 said...

Aku lain pula, kereta "angsaku" itu ada auto pilot. Masa satu jam atau lebih itu aku gunakan habis- habisan merancang apa-apa yang patut. Kadang-kala mengelamun juga.

Sedar, tak sedar sudah dekat sampai rumah, bila lalu jambatan pun tak sedar. Pernah dua kali tertidur di persimpangan menunggu traffic light.

Auto pilot aku di dalam OFF mode kut :7 )

kak ja said...

Ingat entry saya hal 'terterjunkan' diri dan kereta masuk parit besaq tu? Kes hlang fokus le tu..Fikiran berserabut, mcm2 boleh jadi..

Take care, sdr Budiman!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...