Teman-teman

Saturday, February 21, 2009

Aku Semakin Hanyut Dengan Muzik

Berita aku naik kepentas malam itu telah menjadi riuh dipekan. Emak akulah yang menjadi mangsanya. Mereka mempersoalkan bagaimana anak seorang bilal boleh melakukan perkara semacam itu dan abangnya pula sedang mempelajari agama di Mesir. Akhirnya emak aku beli ala kadar sahaja kerana tidak tahan dengan terjahan manusia. Sampai dirumah emak menangis didepan aku dan ayah. Ayah menenangkan emak. Kata ayah," Budiman hanya berminat dengan muzik saja. Dia tak pernah tinggalkan sembahyang. Nanti perlahan-lahan dia berhentilah".

Aku hanya mendiamkan diri saja. Geram pun sama dengan mereka yang suka jaga tepi kain orang bak kata tulisan seorang blogger yang aku pinjam, " Ini sudah lebey". Malam itu aku keluar untuk mecari kepuasan. Ramai dikalangan yang sebaya dengan aku sedang menanti. Aku mendendangkan lagu sambil anak mata memerhati gelagat mereka. Ada yang sedang membalut ganja. Ada yang sedang minum air minuman setan dalam tin. Terdetik hati aku inikah kawan yang aku cari. Kini tempat aku telah mendapat namanya D Pabloo dan ia juga telah menjadi intipan pihak polis sebab disini merupakan tempat penjualan ganja. Maka bermula hari itu ramai anak dara menjadi bahan usikan apabila melintasi kawasan kami. Tempat aku kini menjadi tempat himpunan para gangster.

Rakan aku menegur sikap mereka yang kurang ajar itu yang membuatkan hampir berlaku pergaduhan. Aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah saja. Keesokan harinya aku seperti biasa ketempat idamanku. Sedang asyik menyanyi berhenti sebuah lori dihadapan kami. Maka berlakulah pergaduhan besar yang melibatkan penggunaan senjata. Aku terpaksa mempertahankan diri. Aku belasah seorang budak sehingga patah tulang bahu. Terhincut-hincut dia melarikan diri. Pergaduhan disebabkan rasa tidak kepuasan hati apabila rakanku menegur sikap kurang ajar salah seorang dari mereka mengganggu seorang gadis.

Aku pulang kerumah dalam kesakitan akibat terkena kayu yang dihentam dibelakangku. Esok pagi polis datang kerumah mencari aku. Aku diarah kebalai polis untuk memberi statement mengenai pergaduhan. Aku melihat ayah dan emak tak terkata apa melihat aku dibawa ke balai polis. Mungkin mereka terkejut. Setelah selesai aku memberi statement aku pulang kerumah dengan bermacam-macam perasaan, bala yang akan aku hadapi nanti. Seperti yang aku duga memang kepulangan aku dinantikan. Ayah memarahi aku sebab terlalu mempercayai aku, kini aku terlibat dengan gangsterism. Ayah memberitahu bahawa lagi 2 hari abang aku akan pulang dari Mesir setelah berada disana selama 7 tahun.

Aku menerima berita ini dengan 2 perasaan. 1 gembira dan 2 was-was. Gembira sebab kemungkinan aku dan abang akan bergiat semula dalam muzik. Was-was sebab kemungkinan dia sudah berubah. Hari yang ditunggu telah tiba. Abangku akhirnya pulang kekampong halaman dengan membawa segulung ijazah yang bergelar Dr dan agama. Memang perwatakan abangku telah berubah sama sekali. Dia tidak lagi mesra dengan aku. Mungkin lama meninggalkan kampong halaman. Hanya perbualan ringan saja antara kami berdua. Akhirnya abang aku juga telah mendapat tauliah dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang membolehkannya mengajar. Tempat pertama yang dia mengajar ialah di Kariah sendiri. Kelas tafsir yang diadakan setiap hari Rabu. Ramai anak muda tertarik dengan cara pembawakan abangku.

Aku mengambil keputusan memilih jalanku sendiri dengan bermain muzik dijalanan. Namun hati aku telah down sebanyak 50% dengan muzik. Entah kenapa aku sendiri pun tidak tahu. Aku bercampur pula dengan gang yang suka mengejar hantu. Setiap malam kami akan mengejar hantu yang kami panggil tengelong atau penanggal. Bercahaya sungguh hantu yang separuh manusia dan dibawah api. Bunyinya amat menyeramkan. Kadangkala benda itu pula yang mengejar kami. bertempiaran lari sambil ketawa seronok sangat. Kadangkala aku join juga group lama aku.

Pada satu malam tatkala begitu leka dengan muzik, kami telah dihampiri sekumpulan pendakwah. Aku kenal mereka sebab mereka dari kariah yang sama. Mereka semua berdakwah tanpa jemu. Seorang pemuda melihat aku dan berkata, " Budiman, abang kamu seorang yang baik dan pendakwah. Tentu adiknya juga seorang yang baik". Kata-kata pujian itu bagaikan halilintar yang memanah jantungku. Aku terus pulang selepas menerima pujian itu. Perasaan malu bermain difikiran. Patutkah aku dipuji. Aku telah menjadi hamba muzik. Aku sesat selama ini.

Aku menangis seorang diri didalam bilik. Insaf, menyesal dan bermacam-macam lagi yang menyelubungi fikiranku. Seminggu aku tidak keluar rumah. Hairan juga emak dan ayah dengan kelakuanku ini. Aku mendapat berita yang tempatku D Pabloo telah diserbu polis dan rakan-rakanku telah dibawa bersama. Bersyukur aku kerana tidak keluar selama seminggu. Kini aku mengambil keputusan untuk meninggalkan terus bidang yang aku minat sejak dari kecil lagi.

Aku mula berjinak dengan masjid dan mengikuti kelas agama di masjid walaupun aku sendiri tidak minat dengan agama. Aku mendengar agama pun atas sebab terpaksa. Aku tidak mahu lagi mendengar orang mencerca keluargaku hanya aku kerana tingkah laku aku seorang. Jiwa muzik aku masih lagi membara. Aku kini hanya membeli kaset-kaset muzik untuk didengar dirumah. Aku akan memasang radio sehabis volume sambil terlena menghayati muzik. Ayah dan emak marah sebab suka pasang muzik terlalu kuat. Aku buat tak endah saja.

Ketika aku tertidur entah kenapa tiba-tiba saja aku terkejut. Apabila aku menoleh kebelakang, Ya Allah abang aku terpacak memerhatikan tingkahku tanpa berkata apa-apa. Aku begitu malu dengan abangku lalu aku matikan terus radio. Aku tanya emak bila masa abang aku balik. Mak aku mengatakan yang aku merepek sebab abang aku sedang mengajar agama di masjid. Habis siapa yang terpacak memerhatikan aku.

Aku terus mencapai motor dan ke masjid. Memang benar abang aku sedang memberikan kelas tafsir. Sesekali dia menjeling kearah aku. Begitu ramai sekali anak muda yang datang mendengar. Tak cukup dengar di masjid mereka mengikut pula abang aku pulang kerumah. sehingga jam 1 pagi. Setelah beberapa bulan mengikuti kelas tafsir, dari perasaan terpaksa Allah telah meniupkan hidayahnya kepada aku. Aku tidak lagi minat dengan muzik. Aku bakar semua rekod dan keset muzik. Aku nak berubah. Emak dan ayah begitu gembira melihat perubahan aku. Setiap kali waktu solat aku akan berada di masjid. Kawan-kawan aku pun sudah merasai perubahan aku. Mereka telah menggelar aku sebagai ustaz. Ya ustaz rock kata mereka.

Kini aku alhamdulillah benar-benar telah berubah. Aku begitu tenang bila berada di masijid. Aku akan mendengar kuliah tafsir pada setiap hari Ahad yang dibawa oleh abangku di Tapian Gelanggang. Kini aku telah mendapat rakan baru. Rakan yang banyak memberi nasihat kepada aku. Aku bahagia dengan cara aku kini namun darah seni muzik tetap mengalir dalam tubuhku.

6 comments:

nadinezuharra said...

Pengakhiran yang membahagiakan.Kalau kita buat sesuatu yang tak baik(walaupun kita menafikannya),pasti jiwa kita rasa gelisah dan memberontak.
Tp sebaliknya kalau kita berbuat sesuatu yang disukai Allah SWT,nescaya dibukakanNya hati kita selapang-lapangnya..dan kita akan rasa tenang.

*Saya juga mendgr muzik,walaupun sekadar selingan untuk menghiburkan,saya akui ia boleh melekakan kita..

Ariff Budiman said...

Nadine. Terus terang saya katakan muzik tidak dapat saya pisahkan. Cuma kita control supaya tidak terlalu asyik dengannya. Terima kasih

Anonymous said...

Aku dulu pun cukup susah untuk pisahkan diri dari asyik mendengar lagu. Akhirnya aku tukar dari mendengar luaran kepada lagu nasyid tapi muzik nasyid ketika yang lansung tidak ada rempah ratus ketika itu. Mujur perlahan-lahan NadaMurni telah menyegarkannya.

Kesemua keset lagu luaran aku mampu buang. Tapi keset lagu Ebiet aku tak sampai hati lah pulak. Aku simpan juga dan dengar bila sepi.

pulasan007 said...

sambung lagi...sambung lagi...x sabar nk baca camne muhajjir leh terbentuk.hehe

Shamsul JIM said...

Salam Budiman,
Semoga orangnya seindah namanya, insya-Allah. Tak payahlah nak hapuskan 'music feeling' dari hati tu. Just salurkannya kepada yang diredai Allah SWT. Saya doakan supaya saudara bukan setakat menjadi pendengar muzik tetapi pelopor muzik yg sihat seperti penggubah lirik nasyid, pemain alatan nasyid & pandai baca note. Amiin.
Wassalam.
Bekas anak murid tapian gelanggang.

Anonymous said...

dahsyat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...