Teman-teman

Thursday, February 19, 2009

Doa Yang Tidak Kesampaian

Kali ini ingin aku paparkan kisah bagaimana aku melalui liku-liku kehidupan. Aku dilahirkan di Singapura. Ayah merupakan seorang pelaut. Setelah aku boleh berjalan aku dibawa pulang ke Pulau Pinang. Aku dibesarkan dibawah jagaan kakak. Setiap hari ketika aku didalam buaian, aku didendang dengan lagu-lagu syahdu oleh kakaku sehingga terlelap. Begitulah setiap hari aku di dendangkan dengan bermacam-macam jenis lagu. Kalau tak mendengar lagu mata aku tak dapat dilelapkan.

Ketika aku di sekolah rendah timbullah impian dan cita-cita. Entah mengapa aku sangat suka dengan muzik. Ia begitu mengkhayalkan dan membuatkan aku begitu tenang. Ketika aku berada dalam darjah 6 bermulalah episod pihak guru mengcungkil apa cita-cita dan matlamat masa depan anak murid sebab selepas ini kami akan berada di sekolah menengah. Seorang demi seorang memberitahu cita-cita mereka. Wah hebat sungguh cita-cita mereka, bisik hati kecilku.

Aku terkejut dari lamunan bila namaku dipanggil guru. " Ariff Budiman, apa cita-cita kamu bila besar nanti ". Tanpa berlengah aku dengan bangga menjawab, " Saya nak jadi seorang penyanyi yang terkenal satu hari nanti ". Terkejut guru bila mendengar sambil diikuti gelak ketawa dari rakan-rakan kelas. " Kenapa kamu minat nak jadi penyanyi sedangkan yang lain ada yang nak menjadi professor". Kata guru. Aku hanya diam. Dalam hati aku memberontak, " nak buat macam mana, dah aku minat. Salah ka". Rupanya guru memandang berat akan cita-citaku lalu dibawanya aku berjumpa gurubesar dan menceritakan segala-galanya. Itulah kebaikannya sekolah inggeris. Pihak guru memang bertanggung jawab terhadap anak murid.

Aku masih ingat ketika musim cuti sekolah. Abang aku kerap membawa aku bersama ketika dia bermain gitar dengan band bersama kawan-kawan. Dari situ juga timbul lagi perasaan untuk mengikuti jejak langkahnya memetik gitar. Kira abang aku merupakan idola untuk aku terus berkecimpung dalam arena seni.

kini aku berada dihadapan gurubesar. Kecut perut aku bila melihat misainya macam pelakun tamil MGR. " Betulkah kamu nak menjadi penyanyi Ariff". Tanya gurubesar. Aku hanya menganggukkan kepala ". " Cuba nyanyi satu lagu saya nak dengar". Apalagi bila aku dapat peluang ini aku pun mula menyanyikan sebuah lagu hindi. Lagu memang tangkap syahdu' " Dos dos rena raha, pyar ri pyar rena raha.... ". Aku lihat gurubesar hanya mengelengkan kepala sambil tangan mengetuk meja.

" Cikgu, saya rasa Ariff Budiman memang berbakat besar dalam bidang nyanyian". Beritahu gurubesar kepada guru kelasku. Aku diarah balik kekelas sambil diperhati oleh rakan-rakan. Mereka mengesayaki mesti aku telah dirotan. Cikgu terus berkata," Cikgu harapkan kamu semua berjaya dengan cita-cita kamu tetapi kamu semua mesti ingat, cita-cita tanpa usaha dan doa tidak akan berjaya dan kepada Ariff Budiman marilah kita sama-sama berdoa agar satu hari nanti dia akan menjadi seorang penyanyi". Yahoo.. kembang hidung aku yang sudah pun kembang ini bila aku dipuji. Hairan rakan-rakan yang lain. Tadi guru marah kini dia suruh berdoa pula. Aku mendapat berita bahawa abang aku akan melanjutkan pelajarannya di Mesir. Kini aku tiada lagi bimbingan. Tidak ada lagi orang yang akan membawa aku bermain muzik.

Bermula dengan tragedi itulah aku tidak henti-henti berdoa agar aku menjadi seorang penyanyi satu hari kelak. Di sekolah menengah aku menjadi bahan rujukan untuk menyanyikan lagu-lagu. Bawalah lagu apa pun pasti aku dapat sampaikannya dengan baik. Sehinggalah aku tamat pengajian disekolah menengah. Setelah kematian adiku yang bernama Hermantika akibat terjatuh didalam perigi menjadikan aku hilang minat untuk belajar. Aku lebih pentingkan lagu.

Selepas tamat sekolah menengah aku bekerja disektor perkilangan. Disitu juga aku mengasah bakat aku dengan memasuki pertandingan juara lagu. Dimana saja aku dengar ada pertandingan menyanyi aku akan masuk. Hairan tak pernah jadi juara. Paling bagus pun tempat ketiga. Frust tak terkata time tu. Kawan-kawan pun hairan juga sebab yang menang tu suaranya entah kemana. Aku tidak belajar akan maksud yang tersirat itu. Bagi aku muzik..muzik dan muzik.

Aku mula berkawan dengan kutu jalanan. Mereka boleh bermain gitar. Itu yang aku minat. Jadi aku join mereka. Riuhlah tepi jalan dengan gelagat kami bermain muzik tapi kami tidak mengganggu orang berjalan. Ternyata rakan-rakan amat tertarik dengan suaraku. Satu hari mereka minta aku menyanyikan satu lagu. Aku meminta rakanku supaya memetikkan gitarnya. Tapi dia down sebab tak dapat ganja. Katanya, " Hang tolong balut dekat aku ganja dan lepas kena aku boleh petik gitar". Aku pun apa lagi, aku balut ganja terus aku beri dekat dia. Dia hisap dan beri kepadaku sedikit. Aku menolak. Kataku," Hang nak lingkup sorang hang lingkup. Aku tak mau hampakan mak bapak aku".

Selepas dia kena sebalut ganja memang petikan gitar terutama lagu Hotel California memang real. Aku pula menjadi penyanyi lagu itu. Dari hanya group kami kini telah menjadi ramai dengan budak-budak remaja datang untuk melihat. Time tu aku begitu asyik sekali dengan lagu namun solat waktu tidak aku lupakan. Kadang-kadang aku akan ganti ayah azan di masjid. Ayah merupakan Tok bilal di Masjid. Jadi dia nak aku juga begitu cuma aku tak dapat berpisah dengan lagu. Selesai solat isyak di masjid aku akan singgah main lagu barulah aku rasa puas dan pulang kerumah. Kadang-kadang ada rakan dah tunggu nak mendengar. Tanya mereka mana dia singer. Jawab seorang rakanku, singer ada di masjid. Lepas isyak baru dia balik.

Aku mendapat berita yang Sekolah Kebangsaan Sungai Ara akan mengadakan malam anekaragam sempena menyambut 100 tahun sekolah itu. Malam itu ada pula band dari Askar Melayu Diraja. Aku tak mahu melepaskan peluang ini. kawan-kawan mendesak agar aku menyanyikan sebuah lagu dan mereka memberitahu anggota band. Aku dipanggil dan ditanya lagu apa aku nak menyanyi. Terus aku bagi lagu Kamelia dari kumpulan sweet Charity. Terkejut mereka bila lagu tu aku nak nyanyi. Kata salah seorang dari mereka," awak tahu bawa lagu kamelia ni sebab susah". Aku berkata, " Abang main macam dalam kaset tu saya boleh dan chord dia jangan lari".

Bila saja aku mendendangkan lagu itu maka riuh rendahlah tepukan sorak dari hadirin yang hadir. Ada yang memuji dan ada yang bertemankan adik meminta autograf. Aku seronok sangat malam itu dan terasa seolah-olahnya aku telah menjadi seorang penyanyi. Aku berjaya berada diatas pentas. Apakah doa aku dimakbulkan ????

13 comments:

Anonymous said...

ni crita btol ka??? biaq benaq...hehe...pakngah main gitar,siap ada band lg...pakjang pun dahsyat gak...memang darah seni....cerita la lg...best best..hehe

Anonymous said...

siap ada autograph.....memang dahsyat...(tgh dok bayang org tua dok pimpin tgn ank2 depa bratuq nk amek autograph).....haha

hrusli61 said...

Saya dan hafinah pernah bersama Jiman dalam satu kumpulan nasyid memang hebat pernah ke Alor Setar, Taiping dan Lumut beberapa tempat di Penang.

Nanti Pak Jang hamba sambung lagi. Pak Jang jangan tak cerita.

Kembara Hati Sang Jejaka said...

kita merancang, ALLAH yg menentukan.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al Baqarah :216)

Ariff Budiman said...

Sakinah.... Nanti pkjang sambung cerita. hari ni sibuk sikit

Cikgu hrusli...insyaallah cikgu cerita nasyid akan datang kelak.Tunggu...

Kembara hati sang Jejaka.. Terima kasih diatas segala nasihat. Ayat Al-Quran Dari surah Al Baqarah memang menginsafkan kita

hrusli61 said...

Pak Jang pernah digelar Pendekar Tempang. Pendekar Mata Empat pernah bertabung dengan dia di alam mimpi. Siapa menang kena tanya Pak Jang kerana mereka ini satu perguruan cuma Pak Jang tamat dahulu pembelajarannya. Pendekar Mata Empat tak tamat-tamat lagi.

Ariff Budiman said...

He..he..he nostalgia cikgu

Anonymous said...

bertabung dalam mimpi???? (terkelu buat seketika)....haha pakjang da ada byk nk kena cerita ni...hehe...alang2..pakjang tulis ja biografi...kompem sold out...hehe

bearcat said...

Ni time panas terik hujan tak dak ni...elok sangat Pak Njang nyanyi kuat2 ...hehehe...
Lawak jer Pak njang...jangan luku kepala G lak haha.

Anonymous said...

ala..kak g x yah tunggu pakjang nyanyi...kak g ja nyanyi...sampai KL ujan ribut....hehe..kami pun panas gak kat sini..cepat la kak g...kak g jgn luku kepala kinah lak...haha

Anonymous said...

saya nak sarankan spya Budiman jadi pengubah lagu..mcm Hafif Hamidon..jdi buat permulaan hantar lagu yg dah ada..yg masa bersama MUHAJIR..kalau pengubah lagu dan penyanyi ada pertalian..

jadi masa ni elok cipta satu lagu buat si dia yg setiasa berada dihati Budiman..isterimu...biar yg dengar takap lentok beb..boleh guna khidmat Najib utk diberikan kpd kumpulan Inteam ka UNIC ka dan sbgainya...semoga berjaya

Ariff Budiman said...

Terima kasih hj Atan. yang pastinya penulis liriknya mesti Insan Marhein. Bahasanya ada class. Akan diusahakan ciptaan lagu untuk isteriku

hrusli61 said...

Sakinah, memang benar Pak Jang dan Pendekar Mata Empat pernah bertarung di dalam alam mimpi menggunakan pisau.

Mereka seperguruan dan oleh kerana mereka ini kerap berlatih bukan sahaja di gelanggang tetapi bila-bila jumpa di luar gelanggang pun mereka akan try satu sama lain.

Macam cerita Labu Labi, "Asal aku mimpi sahaja engkau datang"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...