Selesai menunaikan solat Jumaat, aku singgah diwarung nasi kandar. Aku beli dua bungkus nasi, aku dan anak lelakiku. Aku bertemu dengan sepasang suami isteri yang tinggal satu taman dengan aku. Aku menegur mereka tapi yang pastinya aku tidak banyak bercakap. Aku sekadar bertanya khabar dan meminta izin untuk pulang kerumah.
Isteri rakanku terus mendapatkan aku. Katanya ada benda yang hendak dibicarakan denganku. kami memilih satu sudut yang tidak sibuk dengan lalu lalang. Terus dia berkata, " Budiman, _ _ _ ( NamaNya ) kecewa sekali dengan Budiman sebab semasa Aishah masuk hospital saya tak diberitahu sedangkan saya dan arwah adalah sahabat baik". Memang tak dinafikan satu ketika dahulu kami begitu baik, tetapi bila melihat sikapnya yang suka membenci orang lain dan kemudian menyuruh pula kami membenci orang yang dia benci, kami mengambil keputusan untuk menjauhkan diri darinya.
Aku hanya mampu memohon maaf. Ramai juga rakan-rakanku tidak tahu tentang perkembangan isteriku. Aku tidak mahu terlalu menjaja yang isteriku masuk hospital. Yang pasti aku akan lakukan apa yang terbaik demi kesihatan isteri kesayanganku. Bab masyarakat aku ketepikan dulu. Dia mengadu tentang ramai penduduk yang mengesyaki dia yang melakukan sihir terhadap isteriku. Hairan juga, aku tak pernah memberitahu sesiapa pun tentang orang yang melakukan sihir terhadap isteriku. Biar saja aku seorang yang tahu. Aku tak mahu lagi berlakunya fitnah memfitnah hanya sekadar syak wasangka saja.
Dia terus berkata, " Baguslah Budiman pun nampak gembira sekarang dan tabah". Aku pun berkata. "Memang orang nampak diluar saya boleh tertawa, gembira tetapi didalam ni saya begitu kecewa dengan sikap masyarakat. Apa salah kami. Adakah sebab kami terlalu aktif dengan masyarakat Aishah dibunuh. Suami mana yang tak pilu bila kekasih dia hilang sekelip mata. Anak mana yang tidak sedih bila ibu mereka hilang dari pandangan selama-lamanya".
Mengalir air mata aku bila inilah pertama kalinya aku dapat meluahkan perasaan. Aku terus berkata. " _ _ _ tahu dak yang saya telah kehilangan sebelah tangan saya. Saya hidup ini atas nasihat rakan-rakan sebab masih ada dua jiwa lagi yang memerlukan kasih sayang iaitu anak-anak saya. Kalau tidak mahu saja saya berdoa kepada Allah agar Allah ambil juga nyawa saya supaya dapat bertemu dengan Aishah. Saya dah tak sanggup lagi menanggung kerinduan ini". Menangis dia bila mendengar luahan hati aku.
" Saya mengalir air mata darah sekali pun Aishah tidak akan kembali. Saya terpaksa menenangkan hati saya dengan ketawa. Biarlah anak-anak nampak yang ayah mereka dalam keadaan baik. Tapi hati saya begitu pedih. Hati saya hancur dengan sikap masyarakat. Selalu bila ada program selagi tak habis kerja kami tak balik. Kadang-kadang jam 1 pagi baru kami berdua pulang kerumah. Anak-anak pun dah tidur. Mereka pun dah lali dengan tugas ibu dan ayah mereka. Tapi hasilnya inilah yang saya dapat".
Menangis dia teresak-esak mendengar segala isi hati aku. Bukan niat aku nak luahkan perasaan ini. Tapi bila aku didesak dengan kata-kata jauh hati. terguris hati dengan sikapku. Apakah aku ini tidak merasainya. Dia meminta izin untuk kemeja makan bersama suami dan anaknya. Tercengang suaminya bila melihat esak tangis isterinya. Aku... ya aku seperti biasa terus ke kubur. Disitulah aku menangis sepuas hatiku. Disitulah aku bercakap sepuas hatiku. Disitulah aku duduk sambil memegang batu nisan isteriku. Tiba-tiba talipon berbunyi." Assalamualaikum ayah., ayah dimana. Perut lapar ni". Subhanallah jam dah pukul 3.30 petang. Mahu perut tak lapar. Bergegas aku pulang kerumah dengan perasaan berkecamuk. Esok, lusa entah apa pula yang akan berlaku.... dan aku pasrah padamu Ya Allah.
7 comments:
insan yang paling hebat dan paling gagah di dunia ini adalah insan yang dapat menerima kenyataan seadanya dan sabar dalam segalanya.
untuk itu kekadang mereka ini digelar insan marhaen...he..he..
berat mata memandang berat lagi bahu memikul..Yang penting sdr Budiman memberi perhatian dan kasih syg secukupnya kpd anak-anak.Usah dipedulikan kata dan fitnah masyarakat,kerana mulut orang tak bisa ditutup.Kepada yang Esa shj tempat kita berserah..
marhaen tu apa maksudnya ya?
Hidup sementara dan singkat. Tumpukan amal kebajikan. Jangan salahkan masyarakat oleh kerana segelintir manusia yang berhati syaitan.
Masyarakat perlukan Jiman dan Jiman perlukan masyarakat. HablunninanlLah wa hablunninannas.
Segala memori tidak akan terpadam selagi kita ini masih waras. Gunakan ia untuk menginsafkan manusia. Wadah penulisan adalah salah satu usaha yang amat baik dan murni. Teruskan menulis.
Cuma blog JENDELA HATI masih belum ku update lagi.
I have nothing to say...
Just satu ajer....
"BERI DAN LUPAKAN".
Jasa kita pada masyarakat,penat lelah kita, tak perlu lah di ungkit2.
Saya cadangkan saudara Budiman attend ESQ 165 Leadership Training.
Inilah cara membangun jiwa yg paling ampuh yg saya pernah hadiri.
Saya yakin, abang Budiman akan bahagia selepas training itu.
Saya boleh bawa saudara Budiman ke ESQ kalau PUZ/MAIPP org di Dwn Milenium bulan 3/4 nanti (sabtu ahad)
Salam Sdra Ariff,
Terima kasih di atas ucapan dan doa. Tergenang air mata saya membaca kisah arwah Aishah.
Takziah juga dari saya dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Post a Comment