Teman-teman

Tuesday, February 03, 2009

Umpp .... Sedapnya

Aku kerja malam. Balik kerja aku dah plan tengahari ni bila aku bangun tidur nak buat nasi goreng. Aku pun masak nasi. Nasib baik masak nasi ni isteri aku dah ajar. Katanya," Bang kalau periuk besar ni airnya macam ni dan berasnya banyak ni. Kalau periuk kecil macam ni". Sebab tu aku bab masak nasi dan buat nasi goreng alhamdulillah beres.

Aku dikejutkan dengan azan zohor. Aku bangun untuk menunaikan solat dulu. Selepas tu maka terdengarlah kelentung kelentang bunyi belanga. Buat nasi goreng la. Isteri aku memang puji kalau aku buat nasi goreng. Katanya dekat anak-anak, " Ayah memang pandai buat nasi goreng sebab sedap". Aku tahu dia memang puji aku dan aku pasti nasi goreng dia lebih sedap. Yang aku buat pun dia yang ajar.

Maka inilah hasil kerja tanganku. Rasanya macam dok makan dikedai-kedai. Pergi la rasa dikedai. Kalau sedap, rasa dia sebiji macam aku buat. Jemput makan semua..........

3 comments:

bearcat said...

nasi goreng negro nih hehe.
adeih terliur petang2 macam ni tengok nasi goreng. sayur2 tak masuk ka?

Ariff Budiman said...

Ni kira dah ok. Sayur terlupa beli. Mengantuk-ngantuk bedal yang ni sajala

hentian said...

waaa... nasi goreng daun pisang. ada mata kerbau lagi. kira orait ler tuh!

kalau aku makan nasi goreng kat kedai, pasti teringat nasi goreng hang ni. takut lepas teringat tu, aku pulak tak lalu nak makan sebab bunyi kelentung kelentang tu tak tahu jampi ape la pulak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...