Teman-teman

Monday, February 02, 2009

Cakap Tak Serupa Bikin

Aku kagum sungguh dengan seorang imam ini. Cara penampilan dan mengimami sewaktu solat fardhu dan Jumaat membuat aku begitu menghormatinya. Tambahan ilmunya juga begitu tinggi. Pernah suatu ketika sebelum masuk waktu solat jumaat, imam ini bangun dan berkata," Tuan-tuan selepas solat jumaat marilah kita buat solat hajat dan kita berdoa kepada Allah agar Allah hancurkan zionis laknat".

Aku pun tidak mahu lepaskan peluang ini. Inilah masanya aku juga berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada pejuang Palestin. Selepas selesai solat hajat, imam mengumumkan ceramah tentang penderitaan umat islam Palestin akan diadakan pada sebelah malam. Aku hadir untuk mendengar ceramah. Agak ramai juga yang hadir. Alhamdulillah tahap kesedaran terhadap penderitaan umat islam amat tinggi.

Jumaat lepas sewaktu aku menunaikan fardhu Jumaat aku bertemu dengan imam ini, terkejut aku melihat perwatakan imam ini. Dia berjubah, beserban sambil berjalan menghisap rokok. Beliau berhenti didepan pintu masjid untuk menghabiskan hembusan terakhir. Ramai yang memerhatikan gelagatnya, kemudian berkumur lalu masuk kedalam masjid.

Aku hairan juga adakah imam ini tidak mendengar ceramah yang mengatakan bahawa umat islam telah membelanjakan sebanyak 70 juta ringgit sehari untuk menghisap rokok. Setiap sebatang rokok telah menyumbang kepada pembunuhan saudara kita di Palestin. Lagi pun fatwa mengatakan bahawa rokok itu adalah haram sebab ia memudaratkan kesihatan. Pengeluar rokok pula adalah orang yahudi.

Aku juga hairan bila melihat ramai orang yang mengatakan berjuang untuk islam tetapi tidak boleh berjuang untuk diri sendiri dengan meninggalkan yang haram. Janganlah kita cakap tapi tak serupa bikin, Kita ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri berjalan melelong. Lu pikirlah sendiri

4 comments:

bearcat said...

apa nak heran....kita semua manusia...ada masa kita alpa...
pi la tegur pak imam tu...
itulah digalakkan berpesan-pesan sesama manusia hehe.

Anonymous said...

apa yg nak heran..yg buat rokok tu HARAM JADAH..yg hisap tu melakukan perbuatan HARAM..jadi...apa ke HARAM JADAHNYA ENGKAU ORG PI TERLIBAT DGN BENDA BENDA NI.

betul spr tajuk yg lu tulis lah

gua cau dulu
lu gua lu gua talak halam
hisab lokok halam

pulasan007 said...

pak imam tu blom kena 'tembak' lagi kot.keh3.tembak peluru mortar skek.baru naik akai

gandasura said...

Boikot pak iman tu...

Boikot, boikot
boikot pak imam

baru ada akai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...