Teman-teman

Tuesday, February 10, 2009

Sahabat Nostalgia

Pada 8 Februari 2009 aku menjadi DJ di kenduri kahwin rumah abangku. Pada hari tersebut merupakan hari perhimpunan bloggers bilis seperti Jendela hati, warna Nostalgia, Insan Marhein, Cerita Alam, Pulasan dan Usus Panjang dan ada banyak lagi. Sayang tak teringat nak bergambar bloggers Penang. Dalam gambar yang duduk dari kanan becermin mata berbaju hitam ialah blogger Jendela Hati. sebelah dia tu aku la. Sebelah aku ialah blogger Insan Marhein.

Kalaulah Dapat menghimpunkan blogger Penang ni rasa seronok juga. Aku masih lagi mendapat ucapan takziah dari rakan-rakan yang tak sempat hadir semasa kematian isteri. Ada yang beri nasihat dan ada juga yang bertanya bila lagi ni. Yang seronoknya ada seorang rakan berjabat salam dengan aku sambil berkata dengan sayu, " Budiman saya doakan Agar dipertemukan jodoh dengan seorang wanita yang solehah, mirip seperti Aishah dan mempunyai perwatakan yang sama ". Inilah yang dikatakan sahabat. Mereka tahu bahawa aku amat sayangkan isteriku.

Aku terdiam seketika. Kalaulah doa itu Allah makbulkan hanya Allah saja yang tahu. Aku hanya mengaminkannya. Ada yang masih bertanya, " Betulkah Aishah meninggal sebab kena hantu raya". Subhanallah mana mereka dapat cerita ini. Aku pun tak cerita dah. Yang lepas tu biarlah aku simpan sahaja.

Kadang-kadang aku terlupa dan mencari dimana isteriku. Nak bertanya juga siapa yang datang. Akhirnya baru tersedar dari lamunan. Selalunya kalau kenduri perkahwinan adik beradik, isteriku memang sibuk sekali. Sekala sekala bila aku melihat hadirin ternampak macam kelibat Aishah sedang sibuk mengemas meja. Aku hanya mampu melihat bayangan ini. Betulkah dia atau orang lain. Ahh... mungkin khayalanku. Masa berlalu begitu pantas sekali.

Persembahan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia

5 comments:

hentian said...

Bila blogger-blogger otai ini bertemu dalam suasana retro, dah macam perangai bebudak. Terasa malu pulak dengan blogger muda-muda yang mungkin sedang memerhati dari jauh.

Lagu lain takde ke... Asyik-asyik lagu Broery jer...

Ariff Budiman said...

He he. lagu tu banyak orang ada nostalgia. DJ suka lagu tu

bearcat said...

Tu la...asik2 lagu Broery....jenuh nak lap air mata yang asik bertakung di mata.

Anonymous said...

asyik isi ayaq...x prasan lagu apa...tp lagu slow tu best..x taw lagu apa...mcm lagu indon...

Ariff Budiman said...

Ha Kinah jiwa kita sama. Depa semua tak ada seni lagu langsung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...