Teman-teman

Tuesday, February 17, 2009

Aku Dan Masakan

Bangun pagi terasa badan amat lemah. Nak demam ka aku ni. Tak boleh jadi. Aku ambil keputusan untuk pergi kepasar. Tak mahu layan sangat badan ni. Aku pusing dan pusing, aishh tak tau nak beli apa. Akhirnya terpandang sotong besar. Beli sekor. Harga RM3. Beli udang besar 3 ekor RM5. Cadang petang ini nak bawa bekal ke tempat kerja. Aku balik dan tanya hero aku nak masak apa dengan sotong ni. Katanya ayah masak apa pun dia makan. Tapi kalau buat macam emak masak sedap juga. Ya yang itu pun aku pun suka.

Macam mana nak masak. Aku tak tau langsung. Aku pun tanya jiran sebelah. Dia kata resipi ni pun Aishah yang bagi dekat dia. Kira pulang balik la. Setelah faham macam mana nak buat, aku start la ke dapur. Rasa malas pun ada juga. Aku kuatkan semangat. Akhirnya inilah resipi idaman kami semua. Aku rasa dan alamak kenapa masam sangat. Tak apalah janji ni pun Allah bagi rezeki. Ini di namakan masakan sotong berempah kunyit. Hentam saja la.


7 comments:

Izza - Jiejah said...

x per , mashammm pun sedap.
practise make perfect , cuba lagik hehehehe

kak ja said...

Waaaahhhh.. ini kalau combine dgn kari kepala ikan pun sedap nih!!

Syabas sbb berani mencuba!!

nadinezuharra said...

masam sbb buh cili benggala tu kot..takpe,kalau tak cuba tak tau plk kan..next time masak,mesti bertambah bagus rasanye..sbb saye dulu pun camtu gak.. 2-3 kali ulang resepi yg sama,br boleh tahu byk mana garam,gula,asam dll yg kene letak supaye rasenye best.. : )

Ariff Budiman said...

Terima kasih semua. Masam sebab saya peram air asam jawa terlebih sebab nak bagi jadi kuah. Mau tak masam

Anonymous said...

pergi market susah-susah, beli udang 3 ekor, sotong sekor jer? lain kali buat la lebih sikit. boleh la insan marhaen ni tumpang rasa. masam pun masam le. nak buat camner...

alizarin said...

aduss...dah la tengah lapar ni.
sedap nyer la tgk udang-udang tu
kalau masak lebih, antar la sikit
nanti boleh tukar2 lauk n resepi

Ariff Budiman said...

Aishh... saya mana pandai. Tak ada isteri baru nak belajar. Orang wanita memang dah pakar dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...