Teman-teman

Friday, February 13, 2009

Boring... Bosan....Sunyi

2 hari yang lepas aku off duty. Boringlah duduk dekat rumah. Aku ajak anak pergi memancing. Anak aku pun ikut. Katanya boring juga. " Ayah, ada ka pergi memancing pakai baju macam nak ke shopping komplek". Aku hanya tersengeh saja. Malas nak tukar baju. Aku singgah di kedai mamak nak beli nasi kandar. Tauke kedai yang aku panggil mamu menghampiri aku. " Budiman, pasai apa masa isteri meninggal tak bagitau dekat mamu ". Aku hanya mampu meminta maaf sebab masa kematian tak terfikir pun untuk menalipon sesiapa.

Last sekali dapat nasi kandar free. Mamu ni memang baik hati. Setiap tahun aku dan isteri dapat duit raya RM50. Kata dia Budiman dan Aishah orang kuat surau. Kena jaga. Nasi habis kami makan namun ikan seekor pun tak dapat. lihat jam pukul 1 petang kami balik ke rumah dengan perut kenyang.

Semalam aku ajak anak menjala ikan talapia di sungai belakang rumah. Alhamdulillah ada rezeki. Dapat 30 ekor. Ikan tu aku sedekah dekat jiran sebab anak-anak depa memang suka. Aku dan anak seronok-seronok saja lepas gian. Aku suruh anak aku snap gambar ikan. Subhanallah macam mana kamera aku boleh rosak. Ni dia guna kamera handset

Lepas tu kami berdua pergi menjala di pantai Seagate. Kawasan ni selalunya banyak udang. Tapi aku dah tak seronok sebab kamera rosak. Sempat tebar jala 2 kali aku ajak anak pulang. Kata aku lepas asar kita cari kamera baru. Balik rumah letak kepala tak sedar apa pun. Susah juga kalau tak ada kamera ni. Kena cari yang baru.

3 comments:

jiejah d'blogger said...

huhhhhhhh talapia ?
sedapppppppp tu buat bakaq ,
goreng pun sodap ,
pekasam pun sodap ,
serba serbi sodap hehehehe

insan marhaen said...

cuma sebab tak ada kamera je, susah hati sampai tak ada mood nak menjala? dasar blogger... memang macam tu.

aku ni... apa pun takda. cuma desktop zaman 90an ini saja teman bicara saban malam.

inipun kira syukurlah...

bearcat said...

kamera rosak sebab ambik gambaq makcik boy leman tanpa izin hehe. jangan main2..makcik tu ilmu tinggi ooo. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...