Teman-teman

Wednesday, February 18, 2009

Ayam UPSR

Hari ini genab 2 bulan Siti Aishah meninggalkan kami. Entah mengapa bila menjelang 18 hb setiap bulan hati aku begitu resah. Makan lalu la. Namun tidurku sering terganggu. Pagi tadi aku terjaga. Terasa aku tidur begitu lama sekali. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Mengapa tak mengantuk rasanya. Ini mungkin peringatan dari Allah. Kalau tak boleh tidur tu bangunlah buat sembahyang.

Aku bangun terus melakukan solat dan membaca Al-Quran sementara menanti subuh. Aku berdoa semoga Allah memberi kebaikan kepada arwah isteri dan sudah tentu kebaikan untuk kami sekeluarga. Pagi ini aku akan ke kubur menziarahi isteri. Jam 7 pagi talipon berdering dari keluarga mertua meminta tolong aku sembelih ayam kampong.

Pagi-pagi lagi aku berada di kubur. Setelah selesai segalanya aku bergegas untuk ke rumah ibu mertuaku untuk melaksanakan permintaan mereka. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan, " Assalamualaikum bang. Abang tak kenal saya ka". Aku menggelengkan kepala. memang tak kenal pun. Melihatkan cara macam penagih. Dalam hati aku berkata ni taktik lama nak pekena orang. " Abang memang sombonglah tak kenal saya".

Aku pusing belakang terus berkata, " Hang mau apa sebenarnya ". " Abang kena tolong saya. Seminggu saya tak makan. Saya nak minta RM10". Aku ajak dia pergi makan sekali. Ni pun taktik juga sebab confirm dia tak akan ikut. " Ala bang tak ada RM10, RM5 pun jadi la". Aku terus pergi meninggalkannya terkapa-kapa sebab tak berjaya mengenakan aku. Daripada bagi dekat dia dok pekena benda haram biar aku letak dalam tabung masjid, sekurang-kurangnya pihak masjid dapat menjalan aktiviti masjid. Marah dia dekat aku sebab tak layan dia.

Aku start motor menuju kerumah ibu mertua. " Mak, mana ayam yang nak sembelih". Ibu mertua terus mengambil 2 ekor ayam. " La mak, ayam ni baru lepas UPSR saja. kecik lagi". Ibu mertua tergelak bila aku sebut UPSR. Ni menantu tak sayang mulut. Aku tak mau cakap banyak. Takut murka pula. Terus aku ambil pisau dan sembelih. " Nanti mai makan nasi disini ". Pelawa ibu mertua. Itu yang aku tunggu tu. Aku berkata," Hari ini saya kerja petang. Nak minta sikit untuk buat bekalan. Tak pa bagi kaki pun tak pa". Mengusik aku.

" Budiman jangan kata macam tu. Sedih kami dengar ". Aku saja mengusik. Tak kanlah depa nak bagi kaki dekat aku. Menantu kesayangan katakan. Ini aku tunjukkan wajah ayam UPSR yang sedang dipanggang. Selamat melihat. Makan sorry sebab tak cukup.

4 comments:

Anonymous said...

ayam exam pun x pa...dia x tensyen mcm manusia...abeh kuat bising ja....haha...ades lapaq....

nadinezuharra said...

dekat ye rumah sdr budiman ngan rumah mertua..walaupun nostalgia masih menguasai,terubat jg rindu bila keluarga masih begitu mengambil berat tentang kita..
*ayam upsr kecil,ayam degree besaq mana ya..? :D

Ariff Budiman said...

Alhamdulillah jarak rumah saya dengan rumah mertua dalam lingkungan 2KM. Kalau naik motor dalam 10 minit sampai.

kak ja said...

Agak2 ayam lepas phD besaq mana? Tp daging dia dah liatlah kot, no?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...