Teman-teman

Sunday, March 29, 2009

Teringin Sungguh Aku

Selesai aku bertugas, aku singgah di kuala. Memang time ni para nelayan menurunkan hasil tangkapan mereka. Banyak juga ikan yang diperolehi. Wah ada juga ikan semilang. Besar-besar pula tu. Dalam semuanya aku memang amat terpikat dengan siput ini. Kami panggil siput kemudi. Aku dan arwah isteri kerap juga mencarinya. Bila air laut surut aku akan turun dalam selut. Tapi kena pakai kasut la. Kalau tidak akan terbelah la tapak kaki. Bila dapat aku akan lontarkan kepada isteri. Balik kena kopek kulit. Siput ni memang besar tetapi isinya amat kecil. Arwah isteri memang dah tahu kesukaan aku. Kalau siput ni dia akan masak dengan jantung pisang. Memang menambah la kami sekeluarga. Tadi aku hanya memerhati saja. Nak beli aku tak pandai nak masak.

Jadi to ladies semua, aku nak minta tolong sikit macam mana nak buat kari siput kemudi dengan jantung pisang. Ramai bloggers pandai masak. Jadi tolonglah peturun ilmu sedikit. Kesian lama sangat dok teringin. Ni pun masa dok taip dah berapa kali meleleh air liur. Siapa bagi resepi yang terbaik hadiahnya kulit siput buat kenangan. Gurau saja. Hanya Allah la yang membalasnya.

4 comments:

bearcat said...

sedapnya...huluqla sini skit hehe.

Ju-Dzahir said...

sedappnyer siput ni... dah lama sungguh tak makan siput ni.. tp, sy tak tau cane nak masak gulai siput ni campur jantung pisang... aduhhh.. malunyer... selalunyer siput ni mak sy masak goreng kunyit jer... sedappp gak....

kak ja said...

Aduhai... rasa longlai tengok siput ni.. Last skali saya mkn rasanya berbelas thn yg lalu.. Kat sini rasanya mmg takdak..

Saya cuma ingat mkn siput kemudi ni, tersangaaaaaattttlah sedap.. Ada jual kat pasar ke, Sdr Budiman?

ARIFF BUDIMAN said...

Kak Ja. Dekat pasar memang hari-hari ada. Depa dak kopeki siap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...