Teman-teman

Wednesday, March 11, 2009

Indahnya Ciptaan Allah

Sewaktu aku pulang dari tempat kerja, aku melalui kawasan ini. Terlihat begitu ramai sekali orang berhimpun. Dalam hati aku tertanya-tanya, ada kemalangan ka. Roadblock ka. Yang aku lihat ramai yang memegang kamera. Rupanya ramai yang terpegun melihat keindahan pokok ini. Bagi aku inilah pertama kalinya pokok ini berbunga begini. Ada yang duduk dibawah pokok sambil bergambar dan ada yang ambil dari jauh saja termasuk aku.

Ramai yang memuji kecantikan bunga ini tetapi berapa ramai yang mengambil iktibar bahawa Allah boleh melakukan apa saja yang dia kehendaki. Kita cuma saksi keindahan di dunia tetapi Allah telah menjanjikan tempat yang paling indah iaitu Syurga tetapi dengan syarat haruslah beriman dengannya. Itu pun masih ada yang mempertikaikannya. Masih ada golongan yang tidak memepercayai ujudnya syurga dan neraka serta alam ghaib. Banyak yang tertipu dengan keindahan dunia yang sementara.

11 comments:

Bearcat said...

Alamak! PakNjang potong line...baru nak tulis entri nih...hehehe.
Bunga-bunga ni dah macam kat Jepun!

Memang cantik...terasa macam kita dok obersea no...hehe.

inamas said...

subhanallah...cantiknya mcm kt WINTER SONATA pulakk!!

Anonymous said...

huhu..kat mana bunga ni...cantik2....

Ariff Budiman said...

G. Terlewat sikit saja. Tak pa cari line baru. Masa tangkap memang pkjang rasa macam dekat Jepun. Peghati sebelah alamak Hosp pantai

Inamas...betoi macam kat korea
Kinah.. Dkt pantai dan tak lebey

kak ja said...

Pokok bongor, kan? Kalau Sdr Budiman ke Alor Star dan melalui Jln Langgar, Sdr Budiman akan jumpa banyak pokok ni ditanam di kiri kanan jalan..

Subhanallah!!

Ariff Budiman said...

Kak Ja saya pernah melalui jalan langgar. Memang banyak pokok ini. Baru saya tau nama pokok ini

alhan said...

subhanallah, cantiknya. saya pun beberapa hari ni takjub melihat ciptaan ALLAH ini.dekat taman rumah saya pun ada. memang bila melihat pokok ini teringat bunga sakura dijepun.

Anonymous said...

kalau tak salah kat bayan baru kan ni? baru tadi bapak saya kata pokok ni mmg jadi tumpuan ramai utk amek gambaq sbb pokok dia penuh dengan bunga...memang cantik...saya hanya tgk dari jauh...itu pon dah nampak cantik....subhanallah....


~limaumaniss~

Anonymous said...

alamak ni tetiba rasa nak balik ni...haha..apa kaitan...

kak ja said...

Namanya mmg bongor.. Nama saintifiknya Langerstroemia..

alizarin said...

Memang cantik betulla bunga nie..Masa balik kedah weekend lepas, sepanjang-panjang highway dihiasi pokok yang sedang mekar berbunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...