Aku hampir saja demam akibat kesakitan badan yang terlampau. Semuanya akibat gangguan yang aku terima. Malamnya aku membaca surau Yasin dan As-Sajdah. Keesokkan harinya apabila aku membuka botol krim minyak rambut terdapat cermin mekap untuk wanita telah disumbat kedalamnya. Aku menjadi hairan sebab aku baru saja membeli dan baru sekali aku guna. Aku tanya kepada isteriku kemungkinan terbuka dan ia terjatuh kedalam. Kata isteriku dia tak menyentuh pun minyak rambutku.
Aku menjadi was-was. Mungkin ada makhluk lain sedang memerhatikan kami. kenangan kejadian arwah Siti Aishah amat merisaukan aku. Dalam hati aku berdoa agar kejadian lalu tidak berulang dan aku juga tidak ingin diulang. Malamnya aku membaca Surah Yasin, As-Sajdah dan Jin lalu aku hembuskan disegenap penjuru. Malamnya aku bermimpi mereka datang kembali tapi dengan nada yang sayu dan kesakitan.
Kata mereka janganlah diganggu mereka lagi. Aku berkata bahawa aku tidak mengganggu mereka tetapi mereka sendiri yang mencari pasal. Mereka akhirnya akur dan ingin menjadi sahabat aku. Aku menolak. Kataku dunia kita berbeza. Biarlah aku dengan cara aku dan mereka perlu pulang ketempat asal. Jangan diganggu orang lain. Islam melarang sama sekali membuat aniaya. Aku terus berkata kalau kamu berdua islam pergilah pulang. Aku tersedar bila mendengar laungan azan subuh.
Aku sendiri pun tak pasti samada mimpiku itu benar atau sekadar mainan perasaan. Yang pastinya inilah pertama kali aku bermimpi bercakap dengan makhluk yang bernama jin. Kini aku semakin gusar sebab aku telah masuk kedalam katogari yang kedua iaitu mengubati. Ini memang penuh dengan risiko. Dulu aku hanya dapat melihat dan kini aku seperti mengikuti jejak lembaga berpakaian hitam yang aku bertembung pada tahun 1999 dahulu. Ilmu yang aku guna sedikit demi sedikit seolah-olahnya dipandu oleh sesuatu dan aku tak dapat nak control lagi. Aku terpaksa menggunakan ilmu itu demi mempertahankan diriku dan keluarga. Kepada kedua-dua anakku Siti Zinnirah dan Hermawan inyaallah cuti ni akan ayah ajar. Cuma jangan takbur. Kalau ada orang lain yang boleh mengubati biarkan mereka. Kalau dah tak ada barulah digunakan ilmu ini. Niat dihati kalau kita menolong orang lain Allah akan menolong kita pula. Jangan takut bila berhadapan dengan manusia yang dirasuk.
Ilmu ini hanyalah didunia. Ilmu akhirat jua yang menjaminkan kita ke syurga. Jangan lupa sedekahkanlah ayat quran kepada arwah emak. Emak sedang menanti doa dari anak-anak yang soleh.
5 comments:
salam abang ariff..pengalaman saya bila ada di antara keluarga kami berkawan dengan jin..ada baik ada buruknya.allah maha mengetahui...di sebalik setiap kejadian
betulla tu, dunia mereka dan dunia kita berlainan...
minggu lps sy terkena gak, anak yg kecik tu bgn tgh malam menangis tanpa sebab asyik ckp takut2, dahle suami x der g keje, sy baca ayat kursi dan hembus kat dia lagi kuat dia menangis sy pun dah rasa mcm seram sejuk, pastu lps puas memujuk baru dia tertido, dah tertido balik sy plak kena kacau benda tu datang dalam mimpi mata merah, menjelir lidah punya panjang, puas juga membaca ayat2 ape yg saya ingat tapi seme dah jadi tunggang langgang, bila jaga balik terus buka seme lampu..dah takut nak pejam mata balik smpi ke pagi...ni semua gara2 anak2 bawak sikecik tu main sampai magrib baru balik agaknya..
Ida. Memang ada baik dan buruknya bersahabat dengan Jin. Saya takut saya tersimpang jauh.
Cikgu.. Memang betoi dunia depa dengan kita jauh beza.
Zai..Waktu maghrib la depa keluar honeymoon..he he jaga anak-anak tu
Saudara pasti ilmu yang saudara dapat/amalkan itu betul mengikut landasan islam?
Ilmu tanpa guru adalah sesuatu yang mencurigakan and keyakinan saudara terhadap apa yang berlaku amat membimbangkan saya.
Pendapat saudara dalam mentafsir pengalaman yg saudara alami nampak sedikit kesesatan menurut akal cetek saya.
Sekiranya saudara berminat dalam ilmu khifayah seperti ini, carilah guru dan belajar ilmu yang betul. Jangan ikut kata hati dah suara yang entah dari mana datangnya.
Ingat, syaitan sentiasa akan mengambil kesempatan di atas kealpan umat Muhammad dan penting untuk kita salang ingat mengingati.
Post a Comment