12 Jun 2009 - Selepas menunaikan solat Jumaat aku terus ke pusara Siti Aishah. Belum sampai lagi airmata sudah bercucuran. Entah kenapa hari ini aku begitu tersentuh sekali. Aku merasakan bahawa kali ini aku seperti akan berpisah selama-lamanya dengan nya walaupun hakikatnya aku telah pun berpisah jua. Adik-adik disebelahku menegur kenapa pakcik menangis. Aku hanya membalas dengan senyuman tawar. Mereka belum mengerti lagi.
13 Jun 2009 - Aku melangkah setapak kehadapan dengan melangsungkan perkahwinanku dengan seorang wanita yang sudi menerimaku. Hari ini memang aku betul-betul gemuruh. Apa taknya. Sampai saja di masjid, pintu masih lagi terkunci. Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi. Aku terus menalipon AJK masjid. Alhamdulillah. Pintu masjid dapat dibuka. Tok siak terlupa diberitahu bahawa tarikh ini ada majlis akad nikah.
Dapat berita Tok Kadhi dah sampai. Aku sempat menunaikan solat sunat dan berdoa agar perjalananku hari ini berjalan dengan lancar. Tok Kadhi terus membaca khutbah nikah. Kemudian masa yang ditunggu telah tiba. " Ariff Budiman aku nikahkan kamu dengan............ " Selepas isyarat terima nikahnya diberi, aku dengan penuh keyakinan terus berkata, " Aku terima nikahnya..... Sekali nafas saja kata orang tua-tua. " macam mana saksi sah ke " Tanya tok kadhi kepada saksi. " Sah " Jawab saksi.
Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya Allah telah makbulkan doa hambanya dengan mempertemukan jodohku dengan begitu cepat sekali. Ini bermakna memori duka yang lama sudah pasti aku simpan didalam peti kacaku. Tetamu agak ramai juga yang datang. Inilah masanya untuk berjumpa rakan-rakan yang lama tak berjumpa.
Aku gembira dapat berjumpa dengan blogger karibku Jendela hati. Kemudian datang pula blogger Insan Marhein bersama Ibu Suri. Walaupun letih namun hati tetap puas dapat melayani tetamu. Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang hadir dan tidak lupa kepada mereka yang bekerja keras menjayakan majlis perkahwinanku sehingga aku, mereka tak bagi masuk kedapur. Pengantin duduk depan kata mereka. Aku ni jenis bukan boleh duduk terpacak saja. Nak buat macam mana dah terpaksa
Bersama anak-anakku Siti Zinnirah & Hermawan
Majlis santapan pengantin. Abangku Dr Danial turut serta. katanya nak ambil aura pengantin.
23 comments:
tahniah pengantin baru...moga kekal aman bahagia bersama orang baru.... :)
Subhanallah..wajah abg diman isteri dan anak2 semenya seakan2 seiras bagai seibu sebapa..Moga perkahwinan ini juga membawa sejuta warna nostalgia yg indah2 belaka...
Tahniah abang! Semoga rezeki abang bertambah lagi!
Salam~
Tahniah! Mabruk!
Walaupun kita tidak mengenali secara peribadi, ana mengikuti juga sedikit sebanyak penulisan anta. So, kira kita ni kawan jugaklah.. :-).
I am happy for you, my brother.
Wsalam,
Dato Mus
Tahniah Bang Ariff. Saya doakan kebahagiaan abang bersama orang baru...
woww..mcm best je kwen.
hehe
tahniah encik budiman...
selamat pengantin baru,
la la la
Ye ke.. DD cuma nak ambil aura? Hik! hik! Anyway, aku nak ucap tahniah sekali lagi. So, jagalah isteri baru tu baik-baik ye. Walaupun tempat bermain lagi dikenang, tempat jatuh perlu diingat jua...
Sekali lagi, Selamat Pengantin Baru, moga kekal bersama bahagia hingga ke akhir hayat..
Berseri2 wajah pengantin..
Alhamdulillah.
Saya doakan semoga En Diman lebih ceria dan sejahtera.
Amin.
Alhamdulillah.
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkati Allah SWT.
Amin.
Alhamdulillah
selamat menempuh hidup baru :D
Tiada kata yang mampu diucapankan selain "Selamat Pengantin Baru Berkat sehingga anak, cucu ....."
Jendela Hatiku Pun Turut Gembira
salam
selamat pengantin baru untuk sekian kalinya...
entah kenapa hati mama moden jadi terharu mnatap post kali ni....
mungkin jika saya tiada satu hari nanti, mgkin tempat saya juga akan diganti oleh insan lain dgn gembira juga seperti ini.
apapun tahniah sekali lagi..
salam buat isteri...
abang arif..tahniah lah kat abang.moga berbahagia lah hendak nya...
sila ke blog saya.. ade cerita akad nikah gak..
syabas dan tahniah abg arif. semoga berbahagia hingga ke syurga.
tahniah
kita kawan 'dari jauh'
alhamdulillah...selamat pengantin baru
Salam semua. Terima kasih kepada anda semua yang mendoakan agar perkahwinan kami bahagia sehingga keakhir hayat.
wahh.. sikalang sulah ala teman hidop balu oo.. tahniah.. loti nan satu..
Alahdulillah.. semua sudah selamat... Tahniah dan Selamat Pengantin Baru... Semoga kekal bahagia ke akhir hayat hendaknya... Maaf terlambat wat ucapan ni...
Post a Comment