Teman-teman

Friday, June 26, 2009

Aku..Musim Buah Dan Kenangan

Terkenang aku sewaktu aku berada didalam darjah 6. Ayahku telah memajak dua pokok durian untuk dimakan. Alhamdulillah rezeki memang ada. Pokok itu berbuah dengan lebatnya. Jiran-jiran sebelah rumah pun dapat merasainya. Ayahku berkata kalau nak makan ambillah. Tak payah minta. Hasil budi ayah terhadap jiran membuatkan jiran-jiran merasa sayang terhadap keluarga kami.

Satu hari emak berkata kepadaku, " Budiman.. esok mak nak buat pulut durian. Nanti pagi besok sebelum subuh Budiman bawa lampu suluh cari buah durian ". Aku begitu gembira bila emak nak buat pulut durian. Memang ia makanan kesukaan kami sekeluarga yang mempunyai seramai 7 orang adik beradik. Malam itu aku tak dapat tidur dengan tenang bila terdengar beberapa biji buah durian yang gugur. Aku begitu teruja sebab inilah kali pertama aku akan mencari buah durian. Aku bangun seawal jam 5 pagi. Bau pulut tanak mak sungguh wangi.

Aku mengambil lampu suluh lalu berjalan kearah belakang rumahku. Dari jauh lagi aku dapat merasa akan wanginya bau buah durian. Sambil berbekal guni aku menyuluh kearah sekitar pokok durian. Gembira sungguh hati bila melihat begitu banyak buah yang gugur. Sebentar kemudian jiranku pula datang untuk tolong mencari dan hasilnya mereka juga dapat merasai akan buah ini. Aku membawa pulang lebih kurang 20 biji buah durian. Sebelum masuk waktu subuh aku membelah dahulu buah durian untuk santapan pagi.

Setelah itu emak akan agih-agihkan untuk anak-anak. Ini bermakna kalau 7 orang maka, 7 pinggan buah durian pasti ada diatas meja. Itulah tanggung jawab terhadap anak-anaknya. Aku ni jenis pandai sikit. Aku pilih yang isi elok dulu dan aku simpan dalam almari. kemudian bangun seorang kakak lalu dibuka tudung dan dicucuk-cucuk buah durian untuk mencari yang elok. Bila sudah pasti isinya maka disimpan ditempat lain. Begitulah seorang demi seorang akan melakukan perkara yang sedemikian.

Akhirnya tinggallah sepinggan buah durian dan seorang lagi kakakku yang belum bangun tidur lagi. Yang ini memang liat sikit bangun tapi otak cerdik. Yang cari durian otak tak berapa cerdik kira boleh tahanlah. Akibatnya kakakku yang last ini dia tiada pilihan untuk memilih sebab yang lain dah menelan hak masing-masing. Apa lagi muncung sakan mulut dia bila melihat buah duriannya telah dicucuk-cucuk. Isinya telah tenggelam. Meradang sungguh dia lalu menyuruh aku membelah buah yang baru. Nak buat macam mana, aku kena taat la dekat kakak. Dengan pakaian baju sekolah aku membelah buah durian akibat terpaksa sebab kakak yang sorang ni sungguh garang macam singa betina. Kalau tak ikut siap kena penampar sulung.

Akhirnya aku kesekolah dengan perut kenyang dan keletihan. Akibatnya aku tertidur dalam kelas. Bila cikgu menyedarinya, aku disuruh ketuk ketampi sebanyak 50 kali dan berdiri diatas kerusi. Malu sungguh aku sebab disebelah aku gadis yang selalu aku usik ketika kesekolah tersengih-sengih nak bagitau dekat mak aku. Kami rakan sekampung. Main sekali. Kini dia telah pun berkeluarga. Baru-baru dia berjumpa aku sambil menangis sebab dia tidak tahu bahawa Siti Aishah telah meninggal dunia dan aku pula telah berkahwin lain. Pantas sungguh masa berlalu. Ini bermakna kiamat sudah dekat le.....Jangan lupa amalan kita ya..

4 comments:

Luth Textile said...

kalo dah 50x tu, tobat segar mata.. haha. kan kan..

Bearcat said...

sapala kakak yang garang macam singa betina tu?
hahahaha pak njang....dapat tau kat dia nahas....

zai said...

cerita en. diman sebijik macam cerita saya masa kecik2 dulu, kami 8 beradik, emak akan asing dan bahagikan siap2 kalau beli makanan atau buah2 apa2pun nak bagi semua tak berebut nanti dan macam biasala kami juga akan pilih2 dan ganti2 dari pinggan orang lain utk dapat bahagian yg lebih, pastu bergaduh last2 berbirat kena pukul dengan abah, terus tak dapat makan..hehehe

hentian said...

ibu_suri 2 hari lalu makan durian, gak. Malam dia tak boleh tidur. Hangaaattt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...