Teman-teman

Saturday, June 27, 2009

Penunggu Lubuk Ikan

Aku melalui kawasan sungai yang merupakan lubuk ikan talalpia. Baru-baru ini seorang lelaki bangladesh telah ditemui mati manakala tali jala masih berada ditangannya. Pernah dulu ketika aku dan arwah isteri melalui kawasan itu, ikan talapia melompat-melompat seolah-olahnya menguji kesabaranku. Memang aku tak sabar. Balik kerumah aku terus ambil jala. Isteri aku menghalangnya. Katanya, " Jangan pergi bang. Kan abang juga yang cerita yang lubuk itu berpuaka ".

Aku terdiam dan mengingati kembali semasa aku berada didalam alam remaja. Lubuk itu merupakan tali air. Ia memang berpuaka. Kata orang tua-tua kawasan itu, ia dihuni oleh seorang tua. Tak pernah terdengar kematian cuma bertemu dengan lembaga itu dan akhirnya ia akan terjun kedalam lubuk itu. Peristiwa lelaki Bangladesh didapati mati baru-baru ini menjadi bualan masyarakat setempat. Ada yang berkata lubuk itu mahakan mangsanya.

Pagi ini aku melalui lubuk ini. Terlihat begitu banyak ikan talapia mnelompat seolah-olahnya memanggil aku. Aku ambil keputusan untuk pulang kerumah mengambil jala. Aku terus kesana. Jantung aku bergerak kencang. Hati aku dapat merasai sesuatu. namun akibat kuatnya bayangan ikan talapia, aku terus menuruni anak bukit untuk menjala. Aku lontar jala kedalam. Tak ada ikan. Aku lontar sekali lagi. Terasa jala bergerak kuat dan ini bermakna ada ikan yang tersangkut. Aku menarik jala keatas. terdapat 3 ekor ikan talapia besar.

Tiba-tiba aku melihat kelibat bayangan seorang tua dibelakang aku. Terus dia terjun kedalam sungai. Berkocak air beserta buihnya. Aku terpaku sebentar. Aku tahu itu adalah penunggu yang pernah aku dengar tidak berapa lama dulu. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Masa yang tidak sesuai untuk aktiviti menjala. Sudahlah panas tahap suhu 30 darjah. Aku lontar sekali lagi jala namun ia tersangkut di akar kayu. Hati aku berkata adakah ini petunjuk jikalau aku tidak berwaspada maka perkara buruk akan terjadi.

Aku menarik namun semakin kuat ia mencengkam. Dalam hati aku berkata perlukah aku turun kedalam air. Teringat pula lembaga tadi yang terjun lalu aku mengambil keputusan meninggalkan jala didalam lubuk itu. Aku tidak mahu mengambil risiko. Teringat wajah anak-anak. Yang paling aku teringat ialah wajah isteri baruku he he. Aku hanya melilitkan tali dipokok dan esok aku akan pergi melihat akan jala aku yang banyak berjasa kepada aku dan keluargaku.

Aku bertemu dengan seorang rakanku. " Budiman hang menjala dekat tempat orang jumpa hantu pocong baru-baru ni ". Aku hanya tersenyum. Baru-baru ini heboh kisah dalam surat khabar kosmo beberapa orang demam dan pengsan bila bertemu dengan pocong. Betul-betul tempat aku menjala. Biarkan... dia makhluk dan kita pun makhluk Allah. Kata orang kalau bertemu dengan pocong lari mesti dalam keadaan bengkang bengkok sebab pocong hanya mepompat lurus. Kedua kata mereka tanggalkan kesemua baju dan seluar sebab pocong akan merasa malu. Yang kedua tu kalau berani buatlah. Silap haribulan orang tak tangkap pocong, orang akan tangkap yang buka baju dan seluar. Pocong memang gemar mengusik. Tambah lagi wajahnya yang hodoh dan berbungkus pula. Selamat mencuba kepada pembaca semua.

5 comments:

Guru said...

semoga dijauhkan...

zai said...

Hai berani sungguhla en. diman ni.., tapi tolong kalau jumpa hantu jangan buka baju dan seluar ye takut ada hantu yg amik gambar en diman dan masukkan dalam blog diaorang hehehe..

pulasan007 said...

zai- haha...lawak2

boleh pakai ke tips tu??

Ariff Budiman said...

a kl citizen.. Cikgu semoga Allah jauhkan kita dari mara bahaya dan sifat takbur.

Zai..Ha ha. Kalau depa masuk dlm blog pucong ni pasti WN ditutup secara rasminya

pulasan007..Dad belum cuba belum tahu. Balik nanti kita ke Kg Baru mencari pucong dan try amalkan petua ini. Silap hari bulan pucong tergelak tengok Dad lari.

pulasan007 said...

heheh...takpa la.toksah la dok p carik2 depa nih.biaq depa dok diam2,x kaco orang.sat depa stat kacau susah.satgi dah x keja TNB dah,orang dok panggil ja p berubat.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...