Teman-teman

Friday, June 19, 2009

Budaya Enggan Membayar Hutang

Hari ini aku sembahyang Jumaat di masjid berdekatan kampong isteriku. Khutbah hari ini aku rasa amat baik sekali. Tak pernah aku dengar masa ceramah atau di khutbah-khutbah yang lain. Ia berkisar tentang budaya enggan membayar hutang. Selalunya aku tertidur bila khatib membaca khutbah mengenai alam sekitar, gotong royong dan bermacam-macam kempen. Sepatutnya hari Jumaat mestilah khutbahnya memberi perangsang kearah perubahan individu sebab ada yang hanya Jumaat sahaja dia datang sedang waktu yang lain dia tidak solat.

Khatib terus berkata bahawa budaya ini kalau diamalkan, silap haribulan tak bau syurga. Pernah suatu ketika Rasulullah tidak mahu menyembahyangkan simati sebab tidak membayar hutang. Datang anaknya lalu memberi jaminan bahawa dia akan melangsaikan hutang ayahnya baru disembahyangkan. Aku yang mendengar pun takut. Ramai pelajar-pelajar yang membuat pinjaman tetapi enggan membayar balik pinjaman. Kata khatib lagi selagi hutang tidak dilansai ruh dan amal-amal yang simati lakukan tidak terangkat.

Di dunia andaikata kita membuat amal yang banyak tetapi hutang tidak dilangsaikan segala amal kita akan dipindahkan kepada mereka yang memberi hutang. Akhirnya amal kita menjadi zero. Jadi kepada mereka yang berhutang, cepat-cepatlah bayar. Beritahu kepada isteri atau suami bahawa kita masih lagi ada hutang supaya senang jika berlaku kejadian yang tidak diingini, kita tahu dan boleh berjumpa dengan mereka yang memberi hutang. Sekadar peringatan bahawa hutang mestilah dijelaskan andaikata kita berangan-angan nak masuk syurga

5 comments:

Guru said...

setuju...
semoga kita juga tidak dibebankan dengan hutang di dunia dan akhirat nanti

zai said...

hmm..ckp pasal hutang ni..sy pun mmg byk hutang2 ngan bank nih..harap2 sempat byr semenya sblm mati...amin !!!

ZOOL@TOD said...

Saya teringat satu jenaka dalam forum ehwal islam. Di antara khatib yang membaca khutbah jumaat dan pemandu bas ekspress, siapa yang masuk syurga dahulu.

Pemandu bas ekspress akan masuk syurga dulu kerana kebanyakan penumpangnya sentiasa beristighfar/ melafazkan kalimah syahadah/ ingat kepada Allah (pemandu bas tersebut membawa terlalu laju).

Khatib yang membaca khutbah jumaat, pendengarnya sentiasa faham (asyik mengangguk sebab mengantuk).

Isunya, rata-rata khutbah jumaat saya dengar khatibnya membaca teks bukannya berhujjah menyebabkan intonasi suaranya mendatar (flat tone).

Saya pernah mendengar khutbah jumaat yang salah ditafsirkan pada awal 90an (mungkin kerana khutbah tersebut dalam tulisan jawi). Khatib membaca "AEDES" sepatutnya "AIDS". Bayangkan apa terjadi pada fakta-fakta yang dibacakan.

Antara ayat khatib tersebut yang masih saya ingat, "AEDES" boleh berjangkit melalui hubungan seks rambang, penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan dan pemindahan darah yang tercemar.

Tak ke haru-biru jadinya?

Maiyah said...

Nasib baik sy tak berhutang

Ariff Budiman said...

Cikgu..Harap2 begitulah. Kita tioada hutang. Hidup pun aman

Zai.. Saya pun ada hutang dengan bank. Sekurang2nya pihak bank hantar juga maklumat hutang. Kalau dengan manusia, takut juga kalau tidak ada siapa yang tau

Zool@tod.. Lucu juga kalau tok khatib asyik baca teks khutbah. Saya pernah dengar ketika khutbah tok khatib minta makmum ambil bubur asyura lepas sembahyang.

Maiyah..Alhamdulillah syukur kalau tidak berhutang. Biar kita hidup sederhana asalkan bahagia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...