Aku menerima panggilan talipon dari anak saudara yang mengatakan anaknya asyik menangis dan mereka merasakan seperti ada sesuatu didalam rumah mereka. Aku mengajak isteri baruku untuk pergi kesana. Dalam perjalanan aku sempat bercerita serba sedikit tentang diriku. Senyap tak terkata apa dia. Aku tanya kenapa diam. Takut ke. Katanya tak pernah lagi mengikut orang berubat. Aku terus berkata yang dia akan terus mengikutku untuk mencari pengalaman.
Aku dapat merasakan sesuatu sebelum sampai. Dahiku berpeluh. Jantungku bergerak dengan laju. Aku berkata kepada isteriku bahawa rumah anak saudaraku ada yang tak kena. Sesampainya kami dihadapan terus aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memberi salam. Masuk saja kedalam dan memang tepat firasatku. Dua ekor lembaga sedang mengekori suami anak saudaraku kemana saja dia pergi. Muka usah dikata la. Aku biarkan saja dulu dan melihat saja.
Aku terus bangun dan pergi kearah lembaga itu sambil membaca ayat suci Al-Quran aku terus menghembus kearah lembaga. Selepas dua kali aku hembus lembaga itu hilang namun dia masih berada dipadang permainan sebelah dengan keretaku. Aku rasa tak sedap hati. Ini memang kes berat. Selepas aku membaca ayat quran kepada cucu saudara kami pulang kerumah. Sepanjang perjalanan aku dapat merasakan bahawa lembaga itu mengekoriku duduk dibelakang aku dan isteri. Aku hanya mendiamkan diri sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk menenangkan hatiku. Takut juga aku nak beritahu pada isteriku. Mungkin dia belum bersedia untuk mendengar.
Sebelaum kami masuk kedalam aku menyuruh isteriku membaca ayat kursi dan meminta dia hembus dibelakang. Bila dihembus lembaga itu hilang. Aku dapat merasai bahawa malam ini pasti aku akan diganggu lagi. Ketika sedang tidur aku merasakan bahawa ada benda yang sedang bermain rambutku. Sekejap meniup pipiku. Aku terus bangun dan membaca ayat suci al-quran. Aku tertidur dan didalam mimpiku, mereka datang dengan nada marah mengatakan bahawa aku mengganggu kehidupan mereka. Aku berkata bahawa kehiudpan mereka dan manusia berbeza. Dua lembaga itu itu tidak menghiraukan akan kata-kataku. Mereka menyerang aku dari setiap penjuru. Inilah pertama kalinya dalam hidup aku, aku diserang dengan dasyat.
Aku menggelupur seorang diri dan disedari oleh isteriku. Dia mengejutkan aku namun aku tidak dapat berbuat apa-apa. Bahu aku terasa sakit diterkam dengan kuat. Aku terus membaca ayat 9 dari surah yasin sambil aku bertempik Allah huakbar aku terus tiup kearah dua lembaga itu. Hilang serta merta dan aku tersedar dengan peluh membasahi tubuhku. Terkejut sungguh isteriku melihat keadaanku. Sehingga hari ini bahuku masih terasa amat sakit sekali akibat terjahan kuat dari dua lembaga.
Aku menceritakan peristiwa ini kepada anakku Hermawan. Marah dia kenapa tak ajak dia sama. Katanya kalau makcik perlukan pertolongannya jikalau diganggu benda halus, boleh talipon dia. Kataku bersedia ka kalau berlaku perkara ini. Katanya dia sudah bersedia dan aku yakin setelah melihat dia bertungkus lumus menolongku memulihkan ibunya ketika diganggu dahulu. Inilah pula masanya aku mendidik anak lelakiku memandangkan dia akan bernusafir ke Tanjung Malim dan ilmu ini perlu dia ketahui kalau terjadi apa-apa disana.
7 comments:
subhanallah... semoga Allah memberikan kekuatan
en diman, mmg insan yg terpilih utk menerima ujianNYA dan bertuah kerana diberi peluang utk melihat kealam maya yg tidak dimiliki oleh semua orang..semoga terus berbakti kepada masyarakat
jadi 'tok bomoh', memang gitulah risikonya. tak sangka. dulu hang suka berlakun jadi watak tok bomoh bila saja ada program kemping. sekarang jadi betul-betul.
abang ariff...memang itu lah cabaran yang terpaksa kita hadapai..memang benar kita akan turut di ganggu.dan kita akan turut merasa sakit juga.sendir segalanya di pegang..itu lah sebabnya kalau boleh biar kita tidak melihat mahluk ini sebab ia hanya akan menyakitkan kita
TABAHKAN HATIMU...
Subhanallah.
Jiman dapatkan minyak Gayong dan cuba sapukan ke anggota yang sakit itu.
InsyaAllah mujarab.
kakak bersedia menerima ilmu ini sedikit demi sedikit...insyaAllah..
Post a Comment