Teman-teman

Monday, June 22, 2009

Oii..Kakak Ramainya

Aku terhutang cerita yang hendak aku paparkan semasa makan angin di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini. Setelah menunaikan solat subuh di Grik, kami semua singgah di restoran nasi kandar. Aku nasi kandar ni tak berapa suka walaupun di Penang keliling rumah, penuh dengan restoran nasi kandar. Kira jemu la tu. Aku hanya makan capati. Tapi capatinya keras macam kulit kayu. Ia mematikan selera aku.

Setelah mendapat rehat yang secukupnya kami bertolak merentasi Lebuh raya Timur Barat. Memang pandangan panoramanya amat cantik sekali. Bumi Malaysia memang kaya dengan alam faunanya. Kami melintasi perkuburan cina yang luas. Maka luaslah juga mataku memerhati lautan lembaga diatas perkuburan itu. Entahlah ruh atau syaitan aku sendiri pun tidak pasti. " Kakak ramainya depa atas kubur ". Relaks anakku mendengarnya. Baginya peristiwa ini tidak langsung menghiraukannya sebab dia tahu ayahnya seorang yang pelik. " Macam mana keadaan depa ayah ". " Rupa macam depa matila. Tapi semuanya kelihatan amat muram sambil memandang setiap orang atau kereta yang lalu lalang ".

Aku terus memandang kearah lembaga tadi. Mereka terlalu hampir dengan kami. Mereka memerhatikan aku. " Ahhh depa tau ka aku nampak ni ". Bisik hati kecilku. Kami tiba dirumah adikku jam 12 tengahari. Entah kenapa aku tidak sedap hati bila mengenangkan jelingan lembaga tadi. Mungkin mereka tahu aku nampak akan mereka. Waktu malamnya entah kenapa aku menceritakan segala peristiwa yang aku nampak kepada adik dan kakak-kakak aku. Mereka terkejut juga mendengar ceritaku.

Ketika aku tidur aku bermimpi bahawa lembaga tadi datang menyerang aku. Mereka mencekik leher aku. Kata mereka aku nampak mereka tetapi kenapa diceritakan kepada orang lain. Kalau nampak diam sudahlah. Aku tidak boleh bernafas lagi. Aku diserang dan dicekiknya leherku. Begitu ramai sekali mereka. Aku meronta-ronta sehinggakan aku dikejutkan oleh anak gadisku. Berpeluh aku. Anak gadis aku ketawa bila mendengar cerita aku. " Itulah ayah. Kalau nampak janganlah dok cerita dekat orang lain ". Aku hanya tersenyum saja dan menyambung kembali tidurku.

Aku berani cerita dalam blog ini sebab mungkin mereka tak ada kepandaian internet he he. Kalau tidak tentu aku dah kena. Kadang-kadang anak-anakku ada bertanya, " Ayah macam mana nak bagi nampak semua benda ni ". Aku menjawab, " Ayah bukan menuntut untuk menampakkan semua ini. Ia terjadi dengan sendiri ". Bagi setengah orang ia adalah kelebihan. Bagi aku pula ia adalah satu anugerah yang merisaukan aku. Lebih baik tak nampak. Bila nampak terkeluar cakap pula. Orang yang duduk sebelah kita akan terkejut.

Pernah terjadi sewaktu aku bersama rakan-rakan lain di sebuah bunggalow. Aku terkejut lalu terkeluar cakap, " Tu dia tingginya dia ". Terkejut rakanku lalu bertanya apa yang tinggi. Aku menjawab pokok buluh dan mereka mencari mana ada pokok buluh. Sebenarnya ia adalah hantu galah yang berdiri sebelah pokok buluh. Setakat nak langkah bunggalow kami tak ada masalah. Jumpa lagi dengan cerita-cerita lain.

8 comments:

pulasan007 said...

haha.depa buta tenet ka?cuba tanya tgk.

Maiyah said...

antu skrg pun dah pi jauh kot, sapa sangka

nadinezuharra said...

salam..
mm,kadang2 bile saye terbuka blog warna nostalgia ni tgh2 malam,dn sdr budiman dok cerita ttg 'makhluk'2 ni,isk2..seram jugak.. hehe..maklumlah saye ni penakut orgnye..

p/s:betul ke kalau ternampak jgn cerita ngan org lain..setakat ni tak pernahla ternampak ape2..alhamdulillah..

kak ja said...

Serrrraaammmmmmmmm....

Anasfadilah said...

setiap kali saya baca blog ni,setiap kali tu juga saya akan melialu melihat sekeliling..

nasib tak nampak 'hantu'

tak nampak pun tak pe...heheh

seram

IdaAnuar said...

abang ariff...hantu tak pandai internet tapi pandai makeup.pandai melawa....pandai ganggu orang.hantu memang pantang lah bang kalau kita nampak dia sebab dia akan di timpa celaka selama 44 hari.

zai said...

Dulu selalu dok baca buku tamar jalis, lani tamar jalis dah lama menghilang so sekarang ariff budimanla jadi tamar jalis saya buat rujukan cerita hantu bila dah lama rasa x seram...hehehe

master said...

Saya dapat blog ini dari mak saya.

Saya ada kawan perempuan yang 'claim' dia boleh nampak benda-benda ini tapi saya tak percaya, saya fikir agaknya dia nakkkan perhatian. Kadang-kadang tengah bawa kereta malam-malam dia menangis berhenti tengah jalan dah kawan-kawan kena tenteramkan dia. Kata nampak budak kecik tepi jalan tengok dia. Entahlah.

Tapi cerita encik menarik. Teruskan menulis dan teruskan beramal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...