Teman-teman

Tuesday, June 09, 2009

Ramai Yang Minta Ilmu Ghaib

Salam semua. Selepas entri yang aku siarkan tentang alam ghaib, aku menerima banyak email meminta agar diberi ayat ini untuk melihat alam ghaib. Aku menjadi serba salah sebab aku sendiri tidak pernah menuntut ilmu alam ghaib. Mungkin kelebihan aku ialah semasa remaja aku banyak bergelumang dengan mengejar hantu-hantu dan kini mereka pula mengejar aku.Kalau ada pembaca yang berminat sangat dengannya aku sarankan agar membaca ayat Al-Mathurat yang banyak dijual di pasar malam. Tapi janganlah diniatkan untuk melihat benda ghaib. Ayat ini merupakan himpunan wirid-wirid yang Rasulullah amalkan. Ia merupakan pendinding. Baca dan fahamilah maksudnya.

Pada tahun 2000 ditempat kerja aku di Prai. Sedang aku menulis aku melihat kelibat seperti seorang ibu dan anak sedang berjalan. Masa itu aku hanya dapat melihat bayangan mereka. Bila aku melihat posisi yang berlainan barulah aku nampak mereka. Mereka mungkin dari keluarga melayu. Siibu berselendang manakala sianak pula memakai baju melayu kuning. Aku biarkan saya mereka melintas didepanku.

Ketika aku sedang solat aku terdengar suara seperti berbisik. Aku buat tak endah saja. Sedang aku sujud terdengar suara seakan ketawa dibelakangku. Aku mmenyedari bahawa kalau itu merupakan jin islam mereka tidak akan ketawa. Mungkin ini yang kafir. Selepas memberi salam aku terus berkata, " Buat apa dok gelak orang sembahyang. Kalau hangpa nak sembahyang sekali tak apa la ". Diam terus suara itu.

Ketika aku menuruni anak tangga, aku tahu ada lembaga seorang wanita sedang mengekoriku. Aku hanya membaca ayat sucu Al-Quran bermohon kepada Allah agar tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Peluh keluar dengan banyaknya. Aku tahu mesti ada benda yang akan berlaku. Setelah aku menghidupkan motosikal aku terus pulang. Aku kehairanan mengapa motosikal aku terlalu berat dari selalu. Aku mula mengesayaki sesuatu sedang bertenggek didepan motorku. Aku membaca ayat suci Al-Quran yang arwah isteri aku hembus padaku.

Mak datuk panjangnya rambut dia sehingga mencecah tanah. Aku terus berkata, " Seronoklah hang dok atas motor makan angin". Aku membaca ayat 9 dari surah Yasin terus aku hembus kedepan. Apalagi mengilai sakan dia diatas jambatan jam 2 pagi. Memang suasana jambatan ketika itu amat sunyi sekali. Entah kenapa tidak ada lalu lalang lansung. Jantung aku berdegup dengan kencang. Aku menalipon isteriku memberi tahu keadaan yang menimpaku. Aku minta dia bersedia andaikata terjadi apa-apa dekat aku. Mungkin aku pulang tidak sedar diri lagi.

Sesampainya aku ditengah-tengah jambatan seoarang wanita berkebaya sedang berjalan mundar mandir. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu sebenarnya bukan manusia. Aku terus memotongnya dan tidak berhenti. Aku memerhati dicermin sisi. Tak nampak. Tiba-tiba subhanallah dia berada betul-betul dihadapanku. Aku memberhentikan motosikalku. Aku tak tahu apa nak buat. Lantas aku membaca sekali lagi ayat itu sebanyak 3 kali terus hilang.

Bila pulang aku meminta isteriku membaca ayat Al-Quran dan meminta dia menghembus diubun-ubunku. Alhamdulillah aku tidak berasa apa-apa lagi. Mungkin dia tidak ikut aku pulang kerumah. Inilah isteri yang banyak membantu aku sedangkan dia sendiri pun tidak ada ilmu. Cuma pengalaman mempunyai seorang suami yang aneh. Kini aku keseorangan. Perlukah aku menceritakan akan segala apa yang aku miliki kepada isteri baruku atau aku biarkan saja masa yang menentukannya.

Kadang-kadang riuh juga ditempat aku bila ada orang yang aku ubati baik. Ramai berkata aku ada ilmu. Itulah yang paling aku takutkan. Aku takut satu hari aku mungkin menjadi riak dengan kebolehanku. Semoga Allah tetapkan imanku ini. Kepada pembaca semua jangan takut kepada makhluk takutlah kepada Allah sebab dia pencipta kita.

8 comments:

zai said...

sy rasa seronok baca entri pasal hantu2 ni terasa mcm dok sekali dlm dunia asing..dulu bila baca buku tamar jalis, sy plak terasa mcm jadi tamar jalis...teringin nak jumpa tamar jalis in person..tapi kalau tak dpt jumpa tamar jalis dpt jumpa abg diman pun jadila..nak minta autograf hehehe..gurau jer

Ariff Budiman said...

Zai..Memang Tamar Jalis amat saya minat. Buku-buku cerita bercakap denagn Jin tak pernahnya saya tak beli. Banyak cerita tentang hantu nak saya kongsi. nanti la lepas kahwin no

Unknown said...

huhuh...nice bro...1st time jumpa blog yg entry nye b`kaitan hal2 camnie....ape pun harap2 jgn kufur dengan nikmat n kelebihan yg diberikan..:)

Ariff Budiman said...

Syazwan VL..Terima kasih diatas dingatan. Saya tak pernah rasa bangga. Takut ada. Allah jua yang maha hebat. Yang ada pada saya tak sampai pun 1%, Mungkin ada yang lebih hebat.

Anem Arnamee said...

Salam..

hargai kelebihan sementara ia ada;)

Ariff Budiman said...

arnamee.. Terima kasih dik

IdaAnuar said...

abang ariff..elok lah bagi tahu pada bakal isteri.takut nanti dia terkejut pula bila keadaan abang yang tiba-tiba jadi tak tentu hala..macam suami saya tahu sangat bila saya diam tu..adalah yang mengekori.

Ariff Budiman said...

IdaAnuar.. Terima kasih. Insyaallah perlahan-lahan saya bagitau.Takut terlalu cepat terkejut pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...