Chef sedang menumiskan untuk memasak kari daging
Aku hanya mampu memendam perasaanku. Hanya kenangan waktu bersama Siti Aishah masih bermain dimata. Masih terbayang tawanya sambil membantu wanita lain membuat kerja. Tapi aku tidak mahu terlalu mengikut perasaan. Biarlah kenangan itu aku simpan di dalam peti kaca yang indah ini. Aku masih bersyukur walaupun isteriku kini tidak seratus peratus dapat bergiat bersamaku namun biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan. Redhanya aku berkecimpung dalam surau sudah cukup memadai bagiku. Aku tak boleh samakan Siti Aishah dengannya. Masing-masing punya wataknya tersendiri.
Kaum wanita tidak ketinggalan membantu apa yang perlu
Sebelum melaksanakan korban pasti aku akan menziarahi pusara arwah isteriku. Tidak sabar lagi aku seolah-olahnya aku akan bertemu dengannya. Jikalau aku tidak dapat menziarahi pusaranya pasti Al-Fatihah yang akan aku sedekahkan. Itulah saja yang mampu aku lakukan tatkala rinduku padanya begitu tebal. Sedikit sebanya ia meredakan stress aku. Aku bergesa kembali ketempat korban. Ada yang tercari-cari aku kemana perginya menghilang diri.
Rakanku yang merupakan seorang manager kilang membawa rakannya dari UK untuk menyaksikan sendiri ibadah korban
Selepas solat Jumaat maka kenduri kesyukuran pun bermula. Begitu ramai sekali penduduk yang hadir. Dalam aku bersykur dengan kehadiran mereka sedikit sebanyak didalam hati timbul juga perasaan dukaku. Alangkah indahnya kalau program ceramah tempuh hari dihadiri dengan begitu ramai orang. Apakan daya kami sebab hidayah datangnya dari Allah. Manusia hanya diseru untuk melakukan dakwah. Kata seorang makcik. Kalaulah program kuliah dan ceramah mendapat sambutan seperti ini alangkah gembiranya hati. Terpegun isteriku melihat begitu ramainya manusia yang hadir. Katanya padaku suatu hari dia ingin sekali menolong membuat kerja disurau. Syukur Ya Allah kerana sedikit sebanyak engkau telah makbulkan doaku walaupun tidak kesemuanya. Namun detik ingin menolong didalam hati isteriku ini membuat aku amat bersyukur kepada Allah. Aku pernah berkata kepada isteriku. Inilah pekerjaan yang ramai orang menolak tetapi nilainya begitu tinggi disisi Allah. Inilah saja salah satu cara kita membawa membuat bekalan untuk akhirat, Semoga Allah terima amal-amal ini. Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan.
4 comments:
Salam, moga ketabahan dalam jiwa mengekali untuk meneruskan 1 kehidupan. Itulah realiti alam. Salam aidil adha.
alerr .. ting tong gak tgk drh heeee
sorry la sebab mike datang teman takde kat rumah. teman pergi rumah kakak, timba pengalaman macamana nak urus majlis pertunangan anak teman hujung bulan 12 ni.
mike korban lembu dan perasaan. teman terpaksa korban jiwa raga.
nasib le....
assalammualaikum
meriah nampaknya ya...
Post a Comment