Teman-teman

Thursday, December 03, 2009

Mulut Jangan Celupar

Baru-baru ini isteriku mengajakku ke pasaraya Giant. Katanya nak beli gamat healing. Aku menurut saja ajakkannya. Selepas solat Maghrib kami ke giant. Sebelum membeli, kami berdua menikmati chicken chop dahulu. Sambil berbual-bual kosong kami makan chicken chop yang dikongsi berdua. Memang romantik sungguh time tu. Aku potong chicken chop lalu aku suapkan kedalam mulutnya. Malu sungguh isteriku time tu. maklumlah lama tak buat macam ni. Bagi aku, aku dah tak kisah sebab semasa arwah Siti Aishah masih hidup kaedah ini juga yang aku guna pakai. Memang terasa kemesraan begitu mendalam sekali. Tak percaya buat. Jangan malu. Kalau orang barat dapat buat mengapa kita sebagai orang islam tak boleh buat. Pedulikan apa orang nak kata. Kita ada tauliah he he he. Buat lawak sikit.

Malam itu jantung aku terasa begitu kelainan. Bergerak bukan seperti biasa membuatkan hatiku tidak tenang. Apa perkara pula yang akan terjadi. Aku mengelamun memikirkan tentang perkara ini. Sedar-sedar chicken chop dah habis. Itupun aku juga yang bedal sampai tak sedar. Selesai membeli gamat healing kami berdua mengambil keputusan untuk pulang saja. Tak ada apa benda yang hendak dishopping. Tatkala melalui selekoh keluar, sebuah kereta honda city yang dipandu oleh seorang lelaki cina meluru masuk jalan yang salah. Akibatnya aku tak dapat keluar. Berderet-deret kereta dibelakang membunyikan hon. Mungkin marahkan lelaki cina itu.

Isteriku yang pendiam mula rasa marah dengan perangai lelaki cina itu yang begitu angkuh menyuruh aku saja yang lalu tanpa mahu mengundur keretanya. Aku memberi isyarat kepadanya agar reverse keretanya sebab memang kereta aku tak boleh keluar. Dia buat tak tahu saja sambil menalipon. Hati aku dah mendidih. Kesabaranku telah sampai ditahap yang kritikal. Badan aku menggeletar. Aku menyuruh isteriku membaca ayat Al-Quran yang aku berikan. Aku minta dia hembuskan diubun-ubunku agar meredakan kemarahanku. Aku tidak mahu dikuasai oleh syaitan ketika berurusan dengan seseorang.

Aku memandu perlahan-lahan kearahnya lalu membuka cermin tingkap
" Encik ada masalah ka dengan kereta sehingga tak boleh reverse balik ". Aku bercakap dengan tenang agar perasaan marahku dapat dikawal. Namun jauh didalam hatiku hanya tuhan saja yang tahu.
" Lu bodoh punya melayu. Lu jalan terus la ". Sergah lelaki cina itu
" Lu apa hal. Lu yang masuk jalan salah lagi mau tunjuk samseng ka. ". Seperti ada seseorang yang menyuruh aku membaca ayat quran yang sebelum ini tidak pernah aku hafal. Aku hanya ingat kembali bila ayat itu diberi oleh lelaki berpakaian hitam tempuh hari. Aku hembuskan ayat itu kemuka lelaki cina itu.
" Sekarang lu mau undur atau melayu bodoh ini akan pecahkan lu punya muka". Sambil menunjuk penumbuk tepat kemukanya. Kata isteri aku time tu mata aku dah betul-betul merah macam biji saga. Eh ya ka sampai tahap macam tu.

Akhirnya dengan perasaan marah dia begitu senang reverse kembali keretanya. Aku terus bergerak. Ketika aku sampai aku berhenti disebelah cerminnya. Dia tak pandang langsung muka aku dan terus dia memecut keretanya. Aneh juga. Kalaulah dari awal lagi dia buat begini tak lah sampai kecuh sehingga security giant pun datang mententeramkan keadaan. Kata isteriku semenjak berkahwin inilah petama kali dia melihat aku begitu marah sekali sehingga dia sendiri begitu takut dengan aku. Aku berkata dekat isteriku,
" Ala Nah jangan takut. Tak kan abang nak marah dengan isteri yang banyak membantu abang ". Tersenyum meleret dia dan senyuman itulah yang mententeramkan jiwaku yang sedang panas itu. Pulang kerumah dia terus sediakan air asam jawa ais untuk meredakah panasku didalam katanya. Aku menerima air itu dengan ketawa yang berpanjangan. Syukur Ya Allah.......

5 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

saya yang membaca pun, takut....

maiyah said...

betullah punya apek bengong.. sapa pun mmg naik hangin kalo camtu

spy said...

Memang patut pun awak gertak dia begitu (selepas berlembut ).Pastu dia kata lak awak melayu bodoh.

Tahniah!..saya tahu awak juga ada belajar silat kan..gunalah ia bila perlu(bila perlu bukan mengalah setiap kali)..contoh kalau awak mengalah tadi pasti cina kurang ajar tu akan kurang ajar lagi pada lain melayu..kalau dia ajak lawan lawan aje le baru boleh bela orang kita lain kali..

scr said...

selamat pakjang tak hantam sama dia...haha...

zakir lazarus said...

Taha ayat 43-44……. Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, Sesungguhnya Dia telah melampaui batas;
. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut".


Al anfal ayat 12…. (ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Para Malaikat: "Sesungguhnya aku bersama kamu, Maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman". kelak akan aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, Maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...