Teman-teman

Thursday, December 10, 2009

Sanggupkah Anda Menerima Ujian

Aku terpanggil untuk menulis tentang kisah ini. Entah kenapa sudah 2 -3 malam ini aku sering diganggu oleh mimpi-mimpi yang menakutkan sehingga ada yang menggugut aku. Pernah aku ceritakan tentang apa yang terjadi kepada kawan yang aku tolong tempuh hari. Perkara ini masih lagi berlarutan sehinggakan keluarganya menerima tekanan emosi yang hebat. Ustaz yang mengubati mereka turut sama diganggu.

Akhirnya pagi tadi aku mnerima sms dari kawanku yang terlalu kecewa perkara ini masih belum dapat diatasinya. Aku kasihan juga pada ibu bapanya yang turut terkena tempias. Akhirnya aku menalipon kawanku. Nada sedih, kesal telah mewarnai jiwanya. Lantas aku pun terkeluar cakap. " Sebenarnya Allah ni nak uji adik sampai tahap mana adik boleh bersabar. Selalunya bila adik hadir mendengar kuliah adik akan dengar Ust menceritakan akan bab sabar. Itu hanya teori saja. Kini adik sudah menghadapi praktikalnya ". Akhirnya kawanku tersedar yang selama ini dia kehilangan konsentrasi. Dia lupa akan Allah seketika.

Aku ceritakan apa yang telah terjadi pada diriku selama ini. Bagaimana Allah juga memberi ujian secara praktikal dan aku juga seperti kawanku ini. Hampir tewas. Namun Allah tidak pernah lupa akan mereka yang tidak lupa akan Allah. Disaat aku tewas Allah telah mengirim seseorang untuk membantuku. Semasa aku hadiri kuliah kelas tafsir, ustaz telah mentafsir sepotong ayat quran yang cantik untuk dibuat iktibar dimana kisah para sahabat telah mengaku beriman kepada Rasulullah. Maka turunlah ayat yang bermaksud, " Kamu mengatakan bahawa kamu telah beriman sedangkan kamu belum lagi di uji ".

Ayat ini betul-betul mengetuk pintu hatiku. Sebelum ini aku hanya berfikir mengapa perkara ini terjadi kepada diriku. Kenapa tidak pada orang lain saja. Aku masih ingat akan kata-kata ustaz sewaktu program kuliah yang aku sendiri terlibat mengaturnya. Kata ustaz, " Apabila seseorang itu menerima musibah ujian, sebenarnya Allah amat sayang kepadanya dan Allah akhirnya tidak membiarkan dirinya kandas dalam ujian itu ".

Semasa aku menerima ujian, aku merasakan begitu hampirnya aku dengan Allah. Setiap malam aku mengadu kepadanya. Mohon agar Allah memberi kekuatan untuk aku terus berjuang bersama anak-anakku. Tersedarnya aku dari tidur pasti aku tidak lepaskan peluang untuk bermunajat kepada Allah. Akhirnya alhamdulillah aku berjaya juga mengharungi dugaan yang padaku amat berat walaupun tidaklah seberat ujian yang Rasulullah dan para sahabat hadapi. Dalam pada itu Allah juga nak melihat selepas berjaya dalam ujian ini adakah kita akan terus mengingatinya atau bila terkena kembali ujian itu baru kita mencari tikar sejadah dan mengalir airmata mengadu kepada Allah. Ya Allah kau berikan berita gembira selepas ujian yang engkau berikan..Amin

5 comments:

kakcikseroja said...

Semoga kita sentiasa diberi kesabaran yang jitu dalam menghadapi ujian dariNya.. Amin..

nur_islam said...

Assalamu'alaikum...

Ujian merupakan kayu pengukur adakah kita benar-benar beriman pada Allah SWT.

Bg pdpt ana yg dhaif ini, dgn ujian shj kita dpt menilai sejauh mana keimanan kita kpd Allah SWT.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana,

Ujian yg diberikan kpd kita bkn utk buktikan padaNya tahap keimanan kita tetapi sebenarnya utk buktikan kpd kita sendiri adakah kita benar-benar seorang yg beriman.

Ramai yg gagal dan tidak menyedari hal ini. Apabila diberi ujian, kita mengeluh, merungut, berputus asa, malah yg paling teruk dan buruk sekali kita salahkan takdir yg bermakna kita myalahkan Khalid kita Allah SWT. Na'uzubillah...

Byk hikmah sbnrnya disebalik setiap ujian.

Allah tidak zalim. Dalam kita mengharungi ujian, jika kita bersabar, berusaha dan bertawakal memohon pertolongan dari-Nya. Percayalah.... rahmat Allah akan melimpah ruah dan byk pintu-pintu jln penyelesaian akan terbuka.

Ujian juga nikmat bagi mereka yg tlh merasainya kenikmatannya. Tersangat nikmat. Tiada yg paling nikmat melainkan keredhaan Allah SWT.

Didlm Al-Quran dan hadith byk ilmu terapi bagaimana cara utk mengharungi ujian. (Dari kisah-kisah teladan Rasulullah dan para anbiya')

Dan kaedah terapi yg TERBAIK adalah "Solat Tahajjud".

Allahu'alam.

Semua ini sebenarnya nasihat dan peringatan utk diri ana sendiri yg sering lupa dan khilaf.

Semoga kita sentiasa mendapat pertunjuk dan hidayah dariNya. Dan semoga kita sentiasa didlm redha-Nya. Ameen.

Wasalam.

Sh. Nursyahidah said...

sememangnya ujian membuatkan kita lebih dekat dgn Allah s.w.t

Syahazli said...

2009 ni banyak sungguh musibah yang menimpa......apa yang W-N tulis sedikit sebanyak sungguh menyedarkan, lagi sekali tentang sabar. Terima Kasih dari Yang lalai dan lupa.

bearcat said...

Betul Paknjang, Allah bagi kita ujian kerana Allah sayangkan kita. Dia mahu kita terus ingat kepada Dia. Manusia, bila terlampau bersenang-lenang biasanya kita akan leka dan terlalai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...