Teman-teman

Monday, December 14, 2009

Kalam IbuBapa merupakan Doa

Sabtu lepas aku telah berjumpa rakanku di rumah kenduri perkahwinan. Kami berbual rancak maklumlah agak lama tak berjumpa selepas tamat alam persekolahan. Masing-masing dah menjadi remaja bangka. Dari satu topik ke satu topik kami berbual. Dalam hati aku sempat juga berkata, " Hai bila nak makan kalau dok bersembang ". Akhirnya tuan rumah menjemput tetamu menjamu selera. Aku terus mengajak rakanku makan bersama.

Sambil makan kami masih lagi bersembang. Kami pun bertanya sesama sendiri berapa orang anak. Selalunya orang lelaki ni kalau berjumpa pasti bertanya, " Hang berapa orang anak ". Tak pernah lagi aku dengar orang bertanya, " Hang berapa orang bini ". Rakan aku ni dari zaman sekolah sehingga hari ini perangainya tetap tidak berubah. Bila bercakap pasti perkataan ' celaka' akan terkeluar. Dulu memang aku tak kisah bila mendengar tetapi bila dah duduk dalam majlis ilmu banyak ilmu juga yang aku dapat dan makna yang selalunya kita ungkap merupakan doa.

Tiba-tiba rakanku bersuara, " Anak aku yang darjah enam ni celaka sikit perangainya. Dia suka mengajuk aku ". Walaupun aku tahu dia bercakap bukan bermaksud marah akan sianak tetapi bila seharian ungkapan celaka dikeluarkan menjadikan dia tidak kisah. Ketawa dia tatkala menceritakan perihal anaknya. Aku boleh kira juga berapa banyak perkataan celaka dikeluarkan ketika menceritakan perihal anak. Setengah jam selepas kami makan dia menerima panggilan talipon mengenai anaknya yang baru mengalami kemalangan. Anaknya terjatuh dalam longkang dan mengalami patah tangan setengah jam yang lepas. Ini bermakna setengah jam yang lepas dia menceritakan perihal anaknya dan perkataan celaka terus bermain. Akhirnya perkara itu betul-betul terjadi.

" Ariff anak aku patah tangan jatuh kedalam longkang ". Nada sedih nampak diwajahnya.
" Inna lilla hi wainna ilai hiro ji un ". Aku terus mengucapkan kalimah ini.
" Celaka hang Ariff. Anak aku bukan mati ". Marah dia bila aku ungkap begitu.
" Aku minta maaf bukan aku bermaksud macam tu. Dalam kuliah yang aku dengar kalau kita mendengar orang ditimpa musibah kita ucap ayat ini ". Terdiam dia seketika dan kemudian dia meminta diri untuk pulang kerumah.

Selepas peristiwa ini aku termenung seorang diri memikir ketika aku mendengar kuliah tafsir surah Al - Baqarah ayat 155 - 156. Ayat yang bermaksud, " "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun ( Bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadanya ". Bagiku ayat ini amat begitu bermakna untuk aku meneruskan kehidupan ini.

Kadang - kadang kita sebagai ibubapa tidak perihatin akan perkara ini. Kata ustaz lagi dalam kuliahnya," Perkataan yang keluar dari mulut ibubapa merupakan doa. Jadi berhati - hatilah bila hendak bercakap. Bila nak menegur anak gunalah perkataan masyaallah, subhanallah". Bagiku orang Penang ni kasar sikit pertuturannya. Dia memaki hamun ketika bercakap bukan bermakna dia benci tetapi itulah ucapan kebanyakkan orang Penang. Perkataan ini sudah tidak menjadi hal lagi kepada masyarakat. Bila berbual pasti kaki akan melayang sambil menendang. Itulah yang dinamakan kemesraan.

6 comments:

ZOOL@TOD said...

Memang itu kebiasaan orang melayu. Kalimah itu hanya untuk orang yang meninggal dunia. Begitu juga bacaan Yasiin, eksklusif utnutk orang mati. Kalau dibaca pada orang sakit, ada yang berkata, sipolan belum nak mati lagi.

kakcikseroja said...

Kata orang : Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Ada orang seolah2 bangga dengan perkataan yang keluar dari mulutnya walaupun perkataan itu bermaksud tidak elok...

ain fathihah said...

memang sungguh perkataan yg keluar dr ibubapa tu satu doa kan...agaknya aura 'celaka' yg dia sebut2 tu terus sampai kat anak dia..huhu..

a kl citizen said...

assalammualaikum

memang kata2 kita ni perlu dijaga
yang biasa boleh menjadi bisa

maiyah said...

tak elok rasanya kan kalo sebut perkataan itu apalagi pd ank sndri

hj atan said...

Salam

Berdakwah hendaklah berhikmah.Jadi salah satu jalan berhikmah adalah memberi tahu 'on the spot' ttg kesilapan yg dia buat.Apatah lagi dia sedang "mendoakan" kecelakaan anak dia.

Masa bagitahu kat dia kena guna 'hikmah' lain cara pulak..

Kan dah terlepas peluang nak habag kat dia..siap dgn marah kita pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...