Teman-teman

Wednesday, December 09, 2009

Kenangan Silam Perlawanan Tinju

Aku baru selesai menyaksikan rakaman perlawanan tinju diantara Muhammad Ali vs Joe Frazier yang ditayangkan di Star Sport. Perlawanan itu berlansung pada 30 September 1975. Semasa itu aku berada dalam darjah 5 di Sekolah Inggeris Bayan Lepas. Apa yang menarik tentang tinju sekitar tahun 70an ialah guru-guru turut terlibat menyaksikan siaran langsung. Aku masih ingat lagi ketika berada didalam kelas. Ofis boy akan datang ke setiap kelas memberitahu akan kebenaran gurubesar mengizinkan anak murid serta cikgu menyaksikan perlawanan secara langsung. Lagi setengah jam siaran langsaung bermula, loceng dibunyikan. Cikgu pun menyuruh kami beratur diluar untuk menyaksikan siaran langsung. Kami ketika itu amat gembira sekali kerana setiap kali ada siaran langsung perlawanan tinju pasti kami dapat sama-sama menyaksikannya.

Dikantin sekolah sebuah tv berukuran 16 inci diletakkan diatas meja pingpong. Begitu ramai anak murid lelaki dan perempuan memenuhi kantin sekolah untuk menyaksikan Muhammad Ali. Ketika perlawanan berlangsung anak murid begitu semangat bersorak. Budak melayu menyokong Muhammad Ali manakala budak Cina dan India menyokong Joe Frazier. Gurubesar tersenyum sambil menggentel misainya. Setiap kali Muhammad Ali menumbuk Joe Frazier budak-budak melayu bersorak dan begitulah sebaliknya.

Akhirnya budak-budak melayu bersorak gembira bila Muhammad Ali menang dengan TKO. Pada kami budak melayu, Muhammad Ali merupakan hero orang islam. Suasana begini tidak dapat dirasai zaman sekarang. Itulah dunia dah maju dan masa pun berubah. Sikap gurubesar walaupun garang tetapi ramai anak murid begitu sayang kepadanya. Ketika gurubesar diakhir kerjayanya, kami mengarak keretanya sehingga sampai kepintu utama sambil menangis. Kami kehilangan seorang gurubesar yang penyayang dan tegas.

4 comments:

maiyah said...

hehe nostalgia.. umr sy baru 5 thn time tu

bearcat said...

Ingat Paknjang yang pi bertinju hehe.

Insan Marhaen said...

Agaknya seluruh murid-murid sekolah Malaysia menonton tinju tu.

Lepas tu, bila anak murid bertinju belakang kelas, cikgu besar menggentelkan misainya tanda marah pulak ye...

surajagat said...

walaupun baru 5 tahun tapi masih ingat. tinju masa tu macam bola sepak piala dunia... main topic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...