Aku pagi-pagi lagi sudah ke bank untuk memasukkan wang untuk kedua-dua anakku yang sedang belajar. Itulah harta sebenar peninggalan arwah Siti Aishah. Biarlah aku bertungkus lumus bekerja agar mereka berjaya. Doaku agar suatu hari kelak mereka akan membuat kami gembira. Bukan kerana wang ringgit yang mereka perlu bayar sesudah bekerja, tetapi cukuplah bagiku mereka berjaya mengharungi dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Yang pastinya kehidupan mereka mendapat keberkatan dari Allah swt.
Aku terus melangkah masuk kedalam bank. Kelihatan seseorang sedang memerhati aku. Aku berjalan terus tanpa memperdulikan orang lain. Aku cuma nak masukkan wang dan ada kerja lain pula yang perlu aku lakukan. Akhirnya dia menyapa aku. Terkejut rupanya itu adalah kawanku semasa dibangku sekolah menengah. Memang kerap aku berjumpa dia dipasar malam tatkala menolong isteriku. Badannya amat kurus berbanding sebelumnya. Aku melihat kapas berada dilehernya dan aku pasti kawanku ini tentu mengalami masalah sakit buah pinggang.
Tepat sangkaanku. Katanya kakinya membengkak. Disangkanya gout. Tiba-tiba dia jatuh pengsan. Setelah dibawa ke hospital barulah dapat dikesan bahawa kawanku itu mengalami kegagalan buah pinggang. Setelah dibuat dialisis barulah kakinya surut kembali. Dia ke bank untuk mengeluarkan wang bagi perbelanjaan dialisis. Katanya untuk sekali dialisis wang sebanyak RM180 terpaksa di gunakan. Dialisis dilakukan selang satu hari. Aku tak dapat bayangkan bagaimana kehidupan mereka dihari yang mendatang.
Aku masih ingat akan kata-kata doktor, " Ariff please drink a lots of white water not white coffee ". Doktor memberi bandingan bagaimana kita menggunakan penapis untuk menapis segala kekotoran. Begitulah juga dengan minuman, buah pinggang terpaksa berhempas pulas menapis setiap tegukan kita. Air kopi, nescafe, sirap dan bermacam mak nenek minuman. Kata doktor lagi jangan tergoda dengan minuman tongkat Ali, herba dan bermacam-macam jenis power. semua itu membuatkan buah pinggang kita berhempas pulas menapisnya. Ada pula kawanku yang buah pinggangnya kering disebabkan tiada air. Aku begitu takut dan risau bagaimana pula andaikata benda itu terjadi kepadaku. Anak-anaku masih memerlukanku. Aku terus memecut motosikalku. Sampainya dirumah terus aku tuang air kosong dan minum sepuas-puasnya. Bukan aku tak pernah buat tetapi lantaran kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku keatas kawanku menyebabkan aku tenggelam punca. Itulah sifat semulajadiku. Mudah gelabah.
Aku ceritakan kepada isteriku. Dia pula menjadi risau. Selepas itu dia membuat cadangan agar setiap makanan yang dimakan pastinya air masak yang lebih banyak. Bukan lagi air nescafe, kopi dan sirap. Terkebil-kebil biji mata aku mendengar saranannya. Begitu cepat sekali tindakannya. Janji itu merupakan minuman yang terbaik akhirnya aku mengikut saja. Mulai hari ini kami sekeluarga telah perbanyakkan air masak. Ternya ia begitu puas dan menghilangkan dahaga. Selamat menjaga kesihatan kepada semua pembaca WN. Kesihatan adalah anugerah dari Allah. Hargailah ia.
5 comments:
sy dulu x jarang minum air masak putih.. asyik dok blasah milo n horlick tapi pas xcdent ni.. byk gak minum air putih sbb byk makan ubt hehe
yup....air masak baru puas...cepat..tak yah bancuh...haha
assalammualaikum
saya pun sekarang ni cuba membanyakkan minum air masak
Sejak azali lagi saya mmg kurang minum minuman berperisa. Kalau mkn di luaq pun, saya cuma minum ayaq suam sampaikan anak2 mengeluh, tingin tengok Umi order ayaq lain drp ayaq suam..
Bg saya, maksimumnya cuma secwn minuman berperisa spt kopi yg saya benarkan ke dlm sistem badan dlm sehari.. Tak susah bg saya yg sejak dulu lagi, hanya akan hilang haus dgn ayaq kosong.. Dan saya juga tak mengambil minuman sejuk..
Doktor yg merawat saya ketika keguguran lama dulu pernah berkata, buah pinggang saya berada dlm keadaan yg bebetoi sihat, dan katanya, "I can guarantee u, dlm masa 10 thn ni u tak akan dpt apa2 masaalah buah pinggang"
Now that 10 thn tu dah over, saya perlu lbh berjaga2!!
Tulisan yang menginsafkan! Saya memang penggemar air manis. Terima kasih atas posting ini.
Post a Comment