Teman-teman

Thursday, January 07, 2010

Kalau Boleh Di Undur Kembali Masa

Sewaktu aku melintasi balai polis yang baru dibina. Aku teringat kembali zaman remajaku tatkala kawasan ini masih lagi belukar. Ia menjadi sarang penagih dadah dan penggemar daun terup. Mereka akan berkumpul pada waktu malam. Aku juga terdengar kadang kala mereka diganggu pocong dan langsuir. Mengilai nyaring suara langsuir melihat bagaimana mereka semua cabut lari. Dalam semua rakan sebayaku, ada seorang rakanku yang badannya agak steady. Kami gelar dia Kob gangster sebab ramai orang gentar dengan dia. Suatu hari aku merapati dia. Aku melihat bagaimana dia menyucuk jarum ke lengannya. Matanya dipejamkan akibat terlalu sedap dengan benda haram tu.
" Kob..hang semua dah cuba. Cuma satu saja yang belum. jumpa pocong. Kalau yang ni hang berjaya kira kami semua salute habis ". Saja aku usik rakanku ini. Mesti la dia tak mahu. Tiba-tiba dia bersuara, " Diman..ni Kob la. bagitau pukul berapa nak jumpa ".
Terdiam kami semua. Betul ka dia nak pergi ini.
" Ok pukul 9 kita jumpa ditempat ini ". Aku terus meletakkan masa sedangkan aku sendiri pun takut nak berbuat demikian. Akhirnya dapat la 8 orang yang akan join gang main terup menanti benda yang belum pasti.

Kami memilih pondok berasingan sebab tidak mahu bersama dengan gang bermain terup. Kalau polis buat serbuan sekurang-kurangnya kami tak pegang daun terup. Kata salah seorang dari mereka kalau terbau wangi atau mendengar seperti benda jatuh jangan ditegur. Kami mengiakan saja. Rakanku si Kob memang tak boleh tinggal dengan jarumnya. Kelihatan dia sedang melilit lengannya dengan kain. Diikat kain dan akhirnya jarum ditusuknya kelengan. Terkebil-kebil matanya menahan stim yang amat sangat.

Tiba - tiba terdengar seperti benda jatuh dibelakang pondok kami. Gang pakau begitu tekun dengan program mereka. Kami terdiam seketika. Masing-masing memasang telinga. Rakanku terkeluar cakap, " Hangpa dengar dak bunyi jatuh tadi ". Si Kob telah berada dialam lain. Khusyuk dia tidur akibat mencapai nikmat gian dadah. Kami terkejut dengan benda berbalut kain terlompat didepan kami. Akibat terkejut tidak ada siapa yang berani cabut lari. Inilah kali pertama aku melihat sendiri bagaimana keadaan rupa pocong. Didepan mukanya terbuka. Kelihatan kapas berada didalam mulut dan hidung. Matanya bergerak tanpa berkedip memerhati kami.

Apalagi bila salah seorang rakanku melompat turun, kami semua turut berbuat demikian termasuk gang daun terup lari lintang pukang. Tinggallah si Kob seorang diri tertidur didalam pondok Keesokkan harinya si Kob datang mencari aku. Marah dia bukan main sebab tak kejutkan dia. Cerita dia, ketika dia sedar dari tidur matanya masih kabur-kabur melihat lembaga putih berada didepannya. Sangkanya kami bergurau lalu ditolaknya lembaga itu. Lembaga itu melompat kearahnya sambil matanya terus memerhati rakanku. Apabila tersedar yang ini bukan kami apalagi dia terus cabut. Aku berkata, kami kejutkan dia tetapi dia dah terlalu stim kami terus berlari.

Akhirnya si Kob berkata yang dia bertaubat tidak mahu menggunakan benda haram itu lagi. Dalam masa sebulan lebih rakanku Si Kob telah kembali kerahmatullah akibat kesan dadah yang diambilnya. Perginya rakanku itu telah menginsafkan kami semua. Ramai yang baru terjaga dan sedar betapa umur yang muda pun tidak terlepas dari Allah. Pertanyaan dari Allah ialah diusia muda bagaimana dihabiskan. Bermula saat itulah aku mula berjinak dengan agama yang sebelum ini aku anggap seperti sampingan takut dimarahi ayah dan emak kalau tak ke masjid. Kalai ini aku berjanji kepada diriku sendiri, " Mak, Ayah Diman nak berubah. Diman nak tinggalkan dari buat perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah ". Alhamdulillah Allah makbulkan doaku itu. Kalau tidak entah apa yang terjadi kepadaku sekarang ini.

2 comments:

KUNTONG said...

Salam: Se,oga cerita ini jadi pedoman kpd mereka yg belum tersedar dari dunia khayalannya.

scr said...

uish...tekejut berok tol...bukak2 blog pakjang ada gmbaq tuh....ades...boh la gambq spongebob ka...comei skit..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...