Teman-teman

Saturday, January 09, 2010

Kurang Ajar Dapat Nombor Ustaz

Aku dan isteri tidak mahu melepaskan peluang waktu rehat dengan mengikuti kelas agama. Kuliah yang berkisarkan Jerebu Nilai yang melanda umat islam kini. Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita enjin pesawat TUDM hilang. Ia telah dijual oleh pihak-pihak tertentu tanpa memperdulikan halal dan haram. Berita ini telah menjadi bahan bualan masyarakat kita. Timbul pula berita tentang penjualan bayi di Lembah Kelang. Berita ini kita dapat hasil dari beberapa tangkapan oleh pihak polis. Ustaz mengatakan inilah merupakan Tsunami sebenar yang melanda umat negara Malaysia tercinta ini.

Aku dan isteri juga tidak terkecuali dari tempias jerubu nilai yang telah hilang oleh segelintir remaja kita. Semalam aku menerima panggilan talipon dari nombor yang aku tidak kenali.
" Hello ini sape yang bercakap ". Suara lemak dari seorang gadis bertelokan orang KL.
" Ya.. nak bercakap dengan siapa ". Aku bertanya kembali sambil isteri mendengar perbualan kami sebab aku menggunakan loudspeaker.
" Tak... ni sape yang bercakap ". Gadis itu terus mendesak agar aku memberitahu namaku.
" Cuba bagi salam dan perkenalkan nama dulu barulah saya perkenalkan nama saya ". Aku bercakap dengan lembut sekali walaupun dalam hati aku cukup pantang kalau orang talipon bertanya siapa ini yang bercakap.

" Awak dah solat ke belum ni ". Aku mematikan terus pertanyaan gadis itu.
" Errr...kenape cakap macam tu tentang solat ". Terkejut gadis itu bila aku bertanya demikian.
" Ya la. Dari kita nak berbual kosong lebih baik kita utamakan yang fardhu dulu ". Aku memulakan perbualan. Tersenyum isteriku.
" Awak ni ustaz ke ". gadis itu terus bertanya
" Ya saya seorang ustaz ". Terdengar saja pengakuan aku, terus dia bertempik kepada rakannya yang juga turut mendengar.
" Kurang ajar hang bagi nombor ustaz dekat aku. kali ni aku kena ". Aku terdengar gadis itu memarahi rakannya. Riuh rendah gelak ketawa mereka. Baru aku tahu rupanya gadis itu orang utara. Loghatnya orang Penang.

" Tak bukan apa, saja nak berbual ke. Nak berkenalan ke ". Berani gadis itu. Kata orang tak give up la. " Lebih baik kita berkenalan dengan Allah, dengan agama islam. Kita kenal siapa dia nabi kita. Bila kita mengenalinya tidaklah kita melakukan perkara-perkara maksiat. Tidaklah kita membuangkan masa kita dengan perbualan kosong. Akhirnya kita menjadi kebanggaan ibu dan ayah kita ". Aku terus berbual dengannya. Kali ini gadis itu terdiam. Hairan aku terputus ka talian dan aku bercakap sorang-sorang.

" Tak pa ustaz kami semua dah insaf. Terima kasih ustaz ". Terus dia mematikan handsetnya.
Tersenyum lagi isteriku sambil menggelengkan kepanya perihal anak gadis zaman sekarang yang begitu berani. Kalau dulu lelaki yang mula dulu. Kata miss call la dan akhirnya nak berkenalan. Kini gadis sekarang sudah jauh lebih berani. Aku hanya asyik memikirkan bagaimana mereka mendapatkan nombor aku.

Aku terus kebilik air sambil mengambil losyen lalu aku lumurkan didaguku. Ya aku nak bercukur. Tapi aku tersilap. Aku mengambil berus gigi lalu aku mencukur janggutku. Terkejut aku dan tertawa sendirian didalam bilik air. Isteriku kehairanan kenapa aku tertawa sendirian. Aku menceritakan apa yang terjadi didalam bilik air. Tertawa dia bila mendengar sambil berkata ayat power kepadaku.
" Hai bang. Terkejut ka atau dah tergoda ". Aku tahu dia bergurau saja. Tapi ayat itu lain maksudnya. Idghamnya membuat aku tersentot dari bicara. Itulah lembutnya suara isteri tetapi mesejnya kuat lo. Betul ke pembaca semua....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...