Motosikal anakku diangkat kedalam van
Setelah memandu selama sejam setengah, kami sampai di petronas Sungai Perak dimana tempat anakku meletakkan motornya. Kata penjaga stesen minyak kalau disimpan agak lama kemungkinan akan kehilangan peralatan motor kerana mereka melihat beberapa orang sedang memerhati motorsikal anakku. Keadaan motornya agak teruk juga. Kata anakku dia melanggar kon yang diletakkan dijalan dan ia dilindungi oleh bas. Ketika membelok masuk kon sudah berada didepan dan dia tidak dapat mengelak lagi. terus dia langgar kon dan jatuh. Sebuah motor dan kereta mengekori dari belakang menghentamnya. Syukur anakku tidak mengalami kecederaan serius. Hanya beberapa luka yang perlu dijahit.
Waktu pagi dari atas jambatan Pulau Pinang
Keesokkan harinya anakku membawa motornya kekedai. Setelah dilihat ia perlu dibaiki dengan kos sebanyak RM1300. Anakku menalipon aku bertanya bagaimana dengan motor itu. Aku terpaksa mengambil keputusan yang berat dengan menyuruh anakku membawa pulang kembali motornya. Dengan kos sebanyak itu amat membebankan aku yang baru saja selesai membayar roadtax kereta aku dan anakku. Begitu sedih dia membawa pulang motornya. Katanya bagaimana nanti dia nak kekuliah. Aku katakan gunalah bas atau tumpang kawan sementara ekonomiku pulih. Aku berkata padanya kalaulah emaknya ada sudah tentu dia dapat menolong. Dengan pendapatan sebagai tukang jahit, itulah yang dapat membantu kami sekeluarga. Kini aku sendirian untuk menyelesaikan segala masalahku. Hendak aku cerita kepada isteriku kini, aku keberatan sebab kami baru saja berkahwin. Takut pula dia berfikiran lain. Padaku biarlah aku selasaikan masalah ini sendirian dahulu.
2 comments:
Sabarlah Jiman ini satu ujian yang akan mematangkan kita semua.
Semoga bertambah derajat iman dan bertambah komited kita kepada peranan hidup ini.
Semoga Herman cepat sembuh dan bertambah bertenaga menghadapi penghidupan ini.
salam..
sabar abg diman.... saya doakan semoga semuanya berjalan lancar ameen..
Post a Comment