Teman-teman

Wednesday, January 06, 2010

Jemputlah datang ke Gerai

Alhamdulilah. Agak lama gerai isteriku tidak berbanner. Bila ditanya ia sudah melebihi 6 tahun. Jadi aku pun ambil inisiatif sendiri. Dalam diam aku ke kedai banner lalu aku minta tauke kedai tolong lakarkan banner gerai isteriku. Kemudian aku tunjuk padanya kertas yang sudah di print. Tersenyum dia akhirnya kedainya akan ada banner. Petang semalam siap lalu aku lekatkan digerai isteriku.

Keesokan harinya ramai yang menegur cantik dan colouring. Ada yang mengambil gambar termasuk aku la. Jadi kepada pembaca yang tinggal di Penang tu sudi-sudilah datang ke Medan Suri Sungai Nibung bersebelahan tapak pesta. Sajian seperti diatas. Pernah aku katakan pada isteriku, " Nanti bila pencen kita beli van sebiji kita meniaga sambil bergerak. Bila tiba time solat kita berhentilah dimasjid yang berhampiran ".
" Bagus juga idea abang no. Ok setuju ".

5 comments:

Bearcat said...

Dari dulu ada banner kan best. Tak daklah G pi usya orang lain...ingat yang tu Maknjang Rosnah :P

Suami yang prihatin, bagus bagus.

solahuddin the warrior said...

ni roti ni sume sapa tebar? import dari india ke, atau makcik rosnah sdri yg tebar?

Syahazli said...

Nak pi lah nanti, kot-kot boleh jumpa 'tuan tanah' Warna Nostalgia

Ju-Dzahir_Amanda said...

oooo... kat Medan Suri.. dekat ja la... insyaallah, smpi la nanti...

Ariff Budiman said...

bearcat..Insyaallah kali ni jumpa. Hafal nama gerai

solahuddin the warrior..Insyallah roti ini buatan sendiri. Ramai yang suka makan sebab isteri saya buat sendiri roti. Tak order dari siapa-siapa. Hallalan Toiyiba

Syahazli..Insyallah kalau ada rezeki time tu saya tak kerja berjumpa lah kita

Ju-Dzahir..Dekat ka. Sila o sila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...