Teman-teman

Monday, February 28, 2011

Air Tangan Suami

Hari ini aku tugas petang. Isteriku bertanya apa yang hendak dimakan tengahari ini. katanya dia nak beli lauk saja. Aku kata, " Hari ini abang jadi Mr Mama dan nak masak. Nah tak payah beli ". Tertawa dia bila mendengar aku berkata yang aku menjadi mr mama. " Abang nak masak apa. Tentu special. Malulah Nah. Sepatutnya Nah yang masak untuk abang ". kata isteriku. " Apa salahnya sekali sekala abang tolong. Bukannya jatuh maruah seorang suami bila kedapur. Hari ini abang nak buat sambal tumis jawa, Peria goreng telor dan ikan belah belakang ". Bersemangat aku memberi resepi.


Aku terus kepasar mencari bahan yang aku nak masak. Hari ini dapur berselerak aku kerjakan. Bunyi periuk belanga bersentuh dengan senduk serta lesung tumbuk cabai menjadikan dapur agak ceria. 12.30 isteriku dah pulang. katanya perutnya terasa begitu lapar sebab tak makan pagi. Apalagi nasi pun dah masak. Hidangan dah disediakan diatas meja. Berselera isteriku makan. " Sedapla abang goreng peria ni. Ini first time Nah makan. Abang belajar dekat siapa ". Namun jawapan itu amat berat aku beri sebab resepi peria goreng telor itu adalah resepi dari arwah Siti Aishah. Sewaktu aku menolongnya didapur aku sempat bertanya resepi. Aku juga kerap berpesan kepada anak lelakiku bahawa betapa pentingnya seorang lelaki pandai memasak. Manalah tahu kalau isteri sakit jadi kita dah buat persediaan. Betul tak kaum wanita semua. jemputlah makan....semua

5 comments:

Marina Monroe said...

Salam, amboi bertuah nya isteri dpt suami pandai ke dapur, akak kahwin dah 34 tahun suami cuma pandai masak maggie dan telur dadar jer..lain2 suami tak reti..hu hu hu

nur said...

saya pula segan juga kat suami, selalunya masakan dia lagi sedap dari saya.
selalu sebab dia memang selalu masak.

"masak memasak bawa bahagia"

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Terimalah seadanya. Janji mau juga dia kedapur ya

Ariff Budiman said...

nur...Memang betul kata nur. Kalau suami tolong sama memasak akan mengeratkan lagi perasaan kasih sayang. Ini bukan bermakna suami di control. Zaman dah berubah

CT said...

Terharu baca entri ini...susah nak cari suami camni. Bagus apa kasih sayang yg bpanjang sehingga ke liang lahad...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...