Teman-teman

Friday, February 18, 2011

Pertama Kali Merasainya

Khamis - Agak menghairankan kali ini isteriku pulang agak awal. Aku pula hari ini off jadi selepas tawaf merata tempat aku pulang kerumah. Internet tempat aku meluangkan masa. Aku terdengar bunyi kereta diluar. Isteriku puang awal rupanya. Tersenyum dia masuk kedalam. " Bang hari ini Nah nak masak special untuk abang. Abang tak pernah makan lagi. Hari tu abang sambut hari jadi di Kelantan bersama keluarga abang. Hari ini Nah nak sambut hari jadi untuk abang pula ". Tak sabar aku menanti masakan yang special. Akhirnya aku bertanya apa yang perlu aku tolong. " Abang goreng ayam saja ". Apa lagi aku pun bergegas buat. Kalau cepat goreng maka cepat makan lah aku.


Nasi Black Pepper. Pertama kali aku rasa dalam hidup aku. Memang sedap kak oiii..

Setelah semua ayam digoreng isteriku pun mula masak. Dalam sekejap saja makanan telah dihidangkan diatas meja. Isteriku menjemput aku makan. Terasa macam seorang putera raja dijemput oleh permaisurinya. Aku menjamah nasi yang begitu asing padaku. Inilah pertama kali dalam hidup aku merasai nasi black pepper. " Macam mana bang. Sedap tak ". Tanya isteriku dan nampak dia tak sabar menanti jawapan dari aku. Sengaja aku buat lambat sedikit jawapan sambil mengambil itu dan ini. " Macam mana bang ". Desak isteriku. " Inilah pertama kali abang rasa nasi yang sedap. Pandai Nah masak. Tak rugi abang bayar duit hantaran masa kita kahwin ". Senyum meleret dia mendapat pujian dari aku.

Bukan sengaja aku nak puji tapi masakan itu memang sedap dan aku pula kali pertama merasainya. Hari ini lepas Jumaat aku minta dia buat lagi. Tumpang lalu makan. Betul tak. Mungkin pembaca semua sudah makan nasi ini. Bagi aku ia memang sedap maklumlah baru rasa.

4 comments:

Ju-Dzahir_Amanda said...

sedapnyer.... tambahan pulak air tangan isteri.. bertambah2 sedap la ye... bleh buat menu baru kat gerai nih... apa kata??

hentian said...

apa ni WN,
pagi ni cerita pasal makan,
buat kecor mulut IM,
dah jadi macam tuan sadiq punya arahan,
boleh tengok aje tak boleh tumpang makan.


IM - awat perut rasa lain macam. terlebih peeper kot...@#$%

Ariff Budiman said...

Ju-Dzahir..Kalau buat di gerai alamat berperang la dengan peniaga sebelah yang jual nasi. Tak pa buka gerai dirumah saja.

Ariff Budiman said...

insan Marhein..Musim ni musim makan kot. Asyik cerita bab makan. Sabor le yob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...