Teman-teman

Wednesday, February 02, 2011

Bila Pocong Bersuit- Suit

Kalau aku kerja pagi selepas solat maghrib aku pasti ke gerai tempat anak aku dan sepupunya berniaga mee udang. Apa yang aku lihat dan dengar tidak pernah aku cerita kepada sesiapa pun. Tempat perniagaan mereka berdekatan dengan hutan dan dipenuhi dengan pokok pisang. Entah suatu malam mereka mendengar seperti benda jatuh didalam hutan pisang. Selepas itu terdengar bunyi suitan yang kuat seperti bunyi seorang lelaki sedang mengorat seorang wanita. Makin lama makin kerap bunyinya. Kebetulan pada hari itu aku tugas petang. Anak aku talipon menceritakan apa yang berlaku. Akhirnya aku berterus terang dengannya yang bersuit itu ialah pocong yang berada didalam hutan pisang. Semasa aku berada di gerai tersebut kelihatan 3 ekor pocong sedang tercangak-cangak memerhati mereka yang berniaga.

" Sebenarnya kakak pocong ni adalah pocong gatal. Semasa hidup mereka suka dengan mengorat wanita dan bila mati pun masih terbawa-bawa ". Sengaja aku melawak agar mereka tidak takut. Sebenarnya aku tidak kisah sangat dengan pocong ni sebab dia tidak mengganggu manusia. Kadangkala saja dia menzahirkan dirinya untuk membuatkan manusia ketakutan. yang paling aku takut ialah jin yang boleh menyelinap masuk dan duduk disendi-sendi badan kita. Suatu malam aku kegerai mereka sekali lagi. " Pakcik ada lagi ke pocong ". Tanya anak saudaraku. " Ada 3 ekor sedang memerhati kita ". Kataku sambil melukis gambaran dimana pocong itu berada. Apalagi terkejut mereka salah seekor dari pocong berada dekat dengan gerai. " Tak payah takutlah kakak. Bacalah ayat kursi dan 3 Qul. Memadai untuk memagar gerai ". Kataku kepada anakku. Alhamdulillah anakku memang cekal dan tidak takut. Kadang kala dia keseorangan membuat mee manakala menanti sepupunya selesai mengerjakan solat. Semoga semangatnya berterusan. Aku juga memesan kepadanya sebelum tidur bacalah dulu Al-Matsurat untuk pendinding kita.

4 comments:

ZOOL@TOD said...

Semasa anak saya sakit (10 tahun) tidak berapa lama selepas itu dia mampu melihat makhluk halus yang mengganggunya. Setelah puas berubat, Alhamdulillah semuanya pulih seperti sediakala, cuma sesekali dia masih dapat melihat makhluk-makhluk tersebut.

Saya mengamalkan bacaan Manzil dan surah Yasin(seperti disarankan oleh Dr Fadzilah Kamsah). Saya bacakan ayat-ayat tersebut setiap pagi ke atas air minuman kami sekeluarga.

Marina Monroe said...

Salam, nak tumpang bertanya tentang jin yang duduk di sendi2..Bagaimana nak pasti sakit sendi adalah kerana ada Jin bertenggek??
Macam maner cara nak berubat??

Insan Marhaen said...

WN,
boleh buat novel macam tamar jalis..

MaryaYusof said...

Org ckp klau kt dpt peluk pocong tu..kite bole dpt harta betul ke? tapi berani ke nak peluk...heheee seraamm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...