Teman-teman

Tuesday, February 15, 2011

Terlintas Di Hati Allah Sudah Mengerti

Sudah lama aku tidak merasai gulai ketam semenjak pemergian isteriku. Selepas aku berkahwin dengan Rosnah aku pendamkan saja keinginanku. Kesian bila melihat ketika dia pulang dari berniaga dalam keadaan keletihan walaupun tidak ditunjuk. Namun aku faham benar sebab aku pun bekerja. Apa yang bawa pulang untuk dimakan itulah makanan aku. Aku tidak pernah menambah nasi atau kadang-kadang nasi yang dijamah pun tak habis. Selalunya isteriku yang habis awal sedangkan aku terkial-kial untuk menghabiskannya. Sejak beberapa hari entah kenapa keinginanku untuk merasai gulai ketam amatlah tinggi umpama orang yang sedang berbadan 2. Akhirnya aku meminta pertolongan ibu mertuaku agar dapat memasak gulai ketam. Ibu mertuaku setuju dan meminta aku membawa ketam.

Gulai ketam isteriku. Sehingga bertambah makan

Aku pulang dari tugas malam dan seperti biasa aku singgah di gerai isteriku. Setelah pulang dan menukar uniform aku berehat sebentar di sofa sebelum kepasar. Entah kenapa aku terus terlelap dan bila sedar jam sudah 123o tengahari. Mana ada lagi ikan di pasar. Aku kerumah mertuaku. Dia hanya menunggu ketam dan rempah telah pun ditumis. Terdiam dia bila aku mengatakan yang aku tertidur. Frust juga bila memikirkan segala perancangan yang dibuat tidak menjadi. Aku menalipon isteriku bertanya samada dia membeli lauk atau tidak. " Abang tak payah beli. Nah dah beli ikan nak masak ". Laratkah isteriku bila pulang dari berniaga nak masak pula.

Tak apalah dia sendiri yang volunteer nak masak dan aku menurut saja. Bila dia pulang terus ditunjuknya bungkusan plastik kepadaku. " Masa Nah balik terjumpa seorang budak sedang menjual ketam dan tinggal hanya sebungkus saja lagi. Dia jual RM1o. Nah nak buat gulai ketam hari ini ". Aku terdiam memikirkan betapa hebatnya perancangan Allah. Rupanya keinginanku Allah telah gerakkan hati isteriku untuk membeli ketam yang hanya tinggal sebungkus saja. Hebatkan perancangan Allah. Setelah siap lalu dihidangkan. Apalagi dengan lafaz bismillah aku terus makan. Sunggih menyelerakan. Sedar-sedar nasi dah habis sedangkan isteriku baru hendak makan. Terkejut dia melihat aku begitu.

Akhirnya aku menambah sedikit lagi nasi. Tersenyum Isteriku memandangku. Betapa gembiranya hatinya bila melihat aku begitu bersemangat menjamah nasi bersama gulai ketam. ' Nah terima kasih kerana masak gulai ketam. Sudah lama abang tak merasai gulai ketam. Niat dihati tadi nak minta mak mertua buat gulai tapi abang tertidur. Rupanya Allah dengar keinginan abang ". Kelihatan manik-manik bersinar dikelopak mata isteriku. " Nah minta maaf dekat abang sebab tidak selalu masak untuk abang. Sayu Nah tengok abang makan tadi ". Kata-kata isteriku membuatkan akhirnya mataku pula yang mengeluarkan airmata jernih. " Tak apalah Nah Abang tak pernah menyesal berkahwin dengan Nah. Inilah yang dikatakan nikmat yang Allah beri dan kita patut bersyukur ". Aku akhiri kata-kataku sambil menambah nasi lagi. Ya Allah 3 pinggan itupun nasi sikit saja. Nasib baik tidak kerap kalau tidak berat badan aku bertambah pula. Baru-baru ni masuk hospital turun 3 kilo. Entah-entah aku makan nasi gulai ketam naik pula 3 kilo.

6 comments:

Insan Marhaen said...

sementara masih bernafas ni, makan aje lah bro....

jangan lupa tuhan dah le!

bearcat said...

Ish, ish manalah sendi-sendi tak bengkak (gout).

Baru baik dah makan ketam pulak. Degil ni (hihi).

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Dulu memang ingat macam tu. Lintas di depan hentam. Tapi sekarang kena kawal la makan. Kalau tidak merana badan le.

Ariff Budiman said...

bearcat..He he Pak Anjang nak test saja. Sakit tak. Rupanya tak sakit boleh makan lagi. Memang ketegaq.

MaryaYusof said...

Kadang-kadang rezeki yg dikurniakan oleh Allah S.W.T memang tak dijangka...Allah Maha Pemurah & Mengetahui keinginan hambaNya..yang penting kite bersyukur selalu...Saya pun selalu teringin nak makan macam2 lepas tu terus dapat...seolah-olah Allah membaca pemikiran kita...Maha Suci Allah..

Ariff Budiman said...

Marya Yusof..Memang kadang-kadang kita tidak menjangkakan seperti maksud dalam surah At Talaq, " Barang siapa yang bertakwa kepada Allah maka dia akan menjadikan jalan keluar baginya dan memberikan rezki dari jalan yang tia ia sangka..". Subhanallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...