Aku terus memasuki laluan ketempat kerja. Jam sudah menunjukkan 1220 malam. Bila tiba di kawasan belukar terdengar seperti benda keluar dari belukar merempuh ranting-ranting pokok.
" Bedebuk.... ". Jatuh bergolek di hadapanku. Terkejut betul aku dengan benda yang jatuh. Takut pun ada. Kalau setakat menunjukkan dirinya seperti selalu yang aku lihat itu sudah tidak menjadi hal. Ia tidak mengganggu manusia sebab itu memang tempatnya. Tapi ini merupakan gangguan. kalau aku terus menunggu sudah pasti kejadian lain akan terjadi.
Aku terus memecut laju motosikal meninggalkan belukar. Ditempat ini juga aku pernah bertemu dengan gadis berambut panjang. Yang menghairankan aku ialah kenapa dalam semua rakan-rakan aku yang bertugas hanya aku seorang yang kerap bertemu dengan makhluk ini. Sudahlah suka menyekat orang. Aku pula merupakan seorang yang penakut.......Harap tak berjumpa lagi
6 comments:
Alamak! membaca pun boleh membuatkan bulu tengkuk meremang!
ptt cucu pun pnakut, rupanya mewarisi sifat atoknya
Kakcik seroja....Belum lagi bertemu ya
cucu atok...Ya ka cucu ni penakut. ish tak pecaya
Alamak, cerita seram rupanye... dahlah tgh mlm ni :(
MaryaYusof...Ayo sudah gelap ka sana. Sini terang benderang. Matahari memanahi badan.
Post a Comment